Page 617 - Mushaf Madani
P. 617
AYAT 21-30 Peringatan bahawa segala kekuatan, kebebasan dan kemuliaan yang dimiliki
berada di bawah kekuasan Allah s.w.t.
AYAT 31-41 Jalan untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t.
AYAT 42-54 Kisah Maryam dan Nabi ‘Isa a.s.
AYAT 55-63 Janji Allah kepada Nabi ‘Isa a.s. dan para pengikutnya yang beriman.
AYAT 64-71 Menyeru Ahli Kitab supaya kembali ke jalan yang benar.
AYAT 72-80 Menerangkan sifat hipokrit segolongan Ahli Kitab.
AYAT 81-91 Mengingatkan Ahli Kitab tentang perjanjian supaya mereka mengikut Nabi
Muhammad s.a.w. dan menyokong perjuangannya.
AYAT 92-101 Menjawab kekeliruan dan bid'ah yang diada-adakan oleh orang Yahudi.
AYAT 102-109 Peringatan amal ma’ruf dan nahi munkar kepada kaum Muslimin.
AYAT 110-120 Umat Muslimin adalah umat pilihan Allah s.w.t. untuk memimpin umat manusia
disebabkan beberapa ciri.
AYAT 121-129 Peristwa kemenangan dalam Perang Badar.
AYAT 130-143 Menyatakan pengharaman riba dan perintah supaya bertakwa.
AYAT 144-148 Mengingatkan Muslimin supaya tetap teguh memperjuangkan dakwah Rasulullah
s.a.w.
AYAT 149-155 Mengingatkan Muslimin bahawa Allah s.w.t tetap dengan janji-Nya untuk
memberi kemenangan.
AYAT 156-171 Menanam semangat pengorbanan jiwa dan jihad dan seruan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dan para pemimpin Islam yang lain supaya bersikap pemaaf
dan sentasa bermesyuarat dengan para pengikutnya.
AYAT 172-180 Menerangkan bahawa faktor kemenangan yang besar dalam peperangan.
AYAT 181-189 Menerangkan dua sifat keji orang Yahudi.
AYAT 190-200 Menyatakan kelebihan zikrullah dan merenung setap kejadian Allah s.w.t.
4 SURAH AL-NISA' (WANITA) : 176 AYAT / MADANIYYAH
AYAT 1-14 Hukum berkaitan harta anak yatm dan larangan melakukan kezaliman terhadap
mereka dan hukum pembahagian pusaka.
AYAT 15-22 Menerangkan dasar untuk mengambil tndakan terhadap wanita yang melakukan
kejahatan.
AYAT 23-25 Menerangkan golongan al-Muhramat (wanita yang tdak boleh dikahwini).
AYAT 26-33 Menerangkan tatacara kehidupan dan perolehan sumber rezeki.
AYAT 34-42 Kedudukan lelaki dan wanita di dalam kehidupan berumah tangga.
AYAT 43-50 Peraturan berkaitan solat dan seruan kepada Ahli Kitab supaya beriman kepada
al-Qur'an.
AYAT 51-59 Mengutuk Ahli Kitab yang mempercayai syaitan dan taghut. Dijelaskan juga dasar
pemerintahan Islam.
AYAT 60-70 Mengecam orang yang menetapkan hukum secara zalim mengikut hawa nafsu.
AYAT 71-76 Menyeru mukmin supaya bersiap sedia untuk berperang demi mempertahankan
agama Allah s.w.t.
3
SISIPAN B (PART 1).indd 3 14/09/2020 9:04 AM