Page 611 - Mushaf Madani
P. 611

Ya Allah ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu apa-apa yang mewajibkan rahmat-Mu, juga
                            apa-apa yang memastkan keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, keuntungan
                            daripada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.


                              Ya Allah, ya Tuhan kami! Perbaikilah akibat bagi setap urusan kami, hindarkanlah kami
                            daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.

                              Ya Allah, ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu, yang dengannya dapat
                            menghalang kami berlaku maksiat kepada-Mu, kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu yang
                            dapat  menyampaikan  kami  dengannya  ke  syurga-Mu,  kurniakanlah  kami  keyakinan  yang
                            dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami dapat menikmat
                            pendengaran-pendengaran  kami,  penglihatan-penglihatan  kami,  kekuatan-kekuatan  kami
                            selama Engkau masih menghidupkan kami, dan jadikanlah semua itu warisan daripada kami,
                            balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-
                            musuh  kami,  janganlah  Engkau  tmpakan  musibah  dalam  agama  kami,  janganlah  Engkau
                            jadikan dunia ini tujuan utama kami, jangan pula dijadikannya nilaian pengetahuan kami serta
                            janganlah Engkau jadikan orang yang tdak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi
                            pemimpin kami.

                              Ya Allah, ya Tuhan kami! Janganlah Engkau biarkan kami sebarang dosa melainkan Engkau
                            mengampunkannya, tada sebarang kebuntuan melainkan Engkau lapangkannya, tdak juga
                            hutang  piutang  melainkan  Engkau  (berikan  jalan  untuk)  menyelesaikannya  dan  tdak  juga
                            sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan
                            Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.


                              Wahai  Tuhan  kami!  Kurniakanlah  kami  kebaikan  di  dunia  dan  kebaikan  di  akhirat  dan
                            peliharalah kami daripada azab neraka.


                              Semoga Allah s.w.t melimpahkan selawat dan salam yang tdak terhingga ke atas Junjungan
                            Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya yang mulia. Segala puji bagi Allah s.w.t,
                            Tuhan semesta alam.



































       SISIPAN B (PART 1).indd   5                                                                                               14/09/2020   9:03 AM
   606   607   608   609   610   611   612   613   614   615   616