Page 609 - Mushaf Madani
P. 609

TERJEMAHAN

                                               DOA KHATAM AL-QUR’AN





                                       Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


                              Segala  puji  bagi  Allah  s.w.t,  Tuhan  semesta  alam  sebagai  pujian  daripada  orang  yang
                            bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang yang bertakwa. Selawat dan salam ke atas Rasul
                            kami, Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya.


                              Ya Allah, ya Tuhanku! Rahmatlah aku dengan al-Qur’an dan jadikanlah al-Qur’an bagiku
                            sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa
                            yang aku dilupakan daripada ayat-ayat al-Qur’an. Ajarkanlah aku daripada al-Qur’an apa yang
                            belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang, dan
                            jadikanlah al-Qur’an itu hujah bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan
                            Sekalian Alam.

                              Ya Allah, ya Tuhanku! Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusanku. Perbaikilah
                            duniaku  yang  merupakan  tempat  hidupku.  Perbaikilah  akhiratku  yang  merupakan  tempat
                            kembaliku,  dan  jadikanlah  kehidupan  ini  sebagai  tambahan  bagiku  dalam  setap  kebaikan,
                            serta jadikanlah kematan sebagai istrahat bagiku daripada segala kejahatan.


                              Ya Allah ya Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal
                            pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku iaitu hari bertemu dengan-Mu.

                              Ya Allah, ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematan dalam
                            kebenaran dan tempat kembali yang tdak terhina lagi buruk keadaannya.

                              Ya  Allah  ya  Tuhanku!  Aku  memohon  kepada-Mu  sebaik-baik  permohonan,  sebaik-baik
                            doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik ganjaran, sebaik-
                            baik kehidupan, sebaik-baik kematan. Tetapkanlah (kakiku di atas sirat-Mu) serta beratkanlah
                            tmbangan amalan baikku. Perkuatkanlah imanku dan tngkatkanlah darjatku serta terimalah
                            solatku. Ampunkanlah kesalahan-kesalahanku dan aku memohon kepada-Mu tempat tertnggi
                            dari syurga-Mu.


































       SISIPAN B (PART 1).indd   3                                                                                               14/09/2020   9:03 AM
   604   605   606   607   608   609   610   611   612   613   614