Page 629 - Mushaf Madani
P. 629
Ayat 28-40 Menerangkan ciri-ciri utama mukmin.
Ayat 41-53 Hikmah Allah s.w.t mendatangkan azab kepada manusia disebabkan perlakuan
mereka.
Ayat 54-60 Perkembangan hidup manusia yang bermula daripada lemah kepada kuat.
31 SURAH LUQMAN (LUQMAN) : 34 AYAT / MAKKIYYAH
Ayat 1-11 Menerangkan bahawa al-Qur’an itu sumber rahmat dan hidayah kepada mukmin.
Ayat 12-19 Menceritakan mengenai nasihat Luqman al-Hakim.
Ayat 20-30 Menyeru manusia supaya menelit nikmat-nikmat Allah s.w.t kepada mereka.
Ayat 31-34 Mengajak manusia mengenangkan nikmat yang banyak.
32 SURAH AL-SAJDAH (SUJUD) : 30 AYAT / MAKKIYYAH
Ayat 1-11 Menerangkan asal-usul kejadian manusia.
Ayat 12-22 Menerangkan balasan bagi orang yang beriman dan yang tdak beriman.
Ayat 23-30 Mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w dan kaum Muslimin supaya mencontohi
perjuangan Nabi Musa a.s.
33 SURAH AL-AHZAB (KESATUAN KUMPULAN) : 73 AYAT / MADANIYYAH
Ayat 1-8 Menanamkan sifat patuh dan tegas kepada Nabi s.a.w dan orang yang beriman, di
samping menerangkan hukum anak angkat dan kedudukan isteri-isteri Rasulullah
s.a.w dan Ulu al-Arham.
Ayat 9-27 Menerangkan kisah Perang Uhud.
Ayat 28-34 Mengingatkan isteri-isteri Rasulullah s.a.w khususnya dan isteri-isteri para
pemimpin Islam umumnya supaya tdak terpesona dengan kemewahan dunia.
Ayat 35-40 Kisah perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w dengan bekas isteri anak angkatnya,
Zaid bin Harithah adalah berdasarkan perintah Allah s.w.t.
Ayat 41-52 Menerangkan tugas seorang rasul.
Ayat 53-58 Menerangkan adab tatasusila berkunjung ke rumah.
Ayat 59-68 Menerangkan prinsip pakaian yang menutup aurat bagi wanita Islam.
Ayat 69-73 Menyeru Muslimin supaya bercakap benar.
34 SURAH SABA’ (KAUM SABA’ DI YAMAN) : 54 AYAT / MAKKIYYAH
Ayat 1-9 Membongkarkan dan menyanggah sendaan orang kafr terhadap hari kebangkitan
semula.
Ayat 10-21 Menerangkan kurniaan istmewa daripada Allah s.w.t kepada Nabi Daud dan Nabi
Sulaiman alaihimas salam.
Ayat 22-30 Menerangkan bahawa hak syafaat itu terletak pada keizinan Allah s.w.t.
Ayat 31-36 Menerangkan segolongan musyrikin yang tdak beriman kepada kitab-kitab suci
dan akibat yang diterima mereka.
Ayat 37-45 Pada hari kiamat kelak para malaikat akan berlepas diri dari para penyembah
mereka.
15
SISIPAN B (PART 1).indd 15 14/09/2020 9:04 AM