Page 634 - Mushaf Madani
P. 634
50 SURAH AL-QAF : 45 AYAT / MAKKIYYAH
Ayat 1-15 Orang kafr merasa hairan terhadap proses kebangkitan semula manusia.
Ayat 16-29 Setap manusia diawasi dan dicatat semua tndakannya oleh malaikat untuk
dibentangkan pada hari kiamat kelak.
Ayat 30-45 Menyeru manusia supaya mengambil contoh teladan daripada kebinasaan-
kebinasaan umat-umat terdahulu.
51 SURAH AL-DZARIYAT (ANGIN YANG MENERBANGKAN) : 60 AYAT / MAKKIYYAH
Ayat 1-24 Menerangkan bahawa seluruh kejadian alam menjadi saksi bahawa hari kiamat
yang dijanjikan Allah s.w.t itu past berlaku.
Ayat 25-46 Kisah rombongan malaikat yang datang menemui Nabi Ibrahim a.s. untuk
menyampaikan berita gembira.
Ayat 47-60 Menerangkan prinsip Islam bahawa satu-satunya matlamat diciptakan manusia
adalah menyembah Allah s.w.t.
52 SURAH AL-TUR (BUKIT TUR) : 49 AYAT / MAKKIYYAH
Ayat 1-28 Balasan seksa terhadap orang yang menentang dakwah itu past berlaku.
Ayat 29-49 Allah s.w.t menyeru Nabi Muhammad s.a.w supaya berjuang menyebarkan
dakwahnya tanpa menghiraukan tuduhan para penentangnya.
53 SURAH AL-NAJM (BINTANG) : 62 AYAT / MAKKIYYAH
Ayat 1-25 Menerangkan hakikat wahyu dan cara ia diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
Ayat 26-32 Menerangkan hakikat bahawa para malaikat tdak dapat memberi syafaat
melainkan apabila diizinkan oleh Allah s.w.t.
Ayat 33-62 Menerangkan contoh teladan daripada sejarah perjuangan Nabi Ibrahim a.s.
dengan kaumnya.
54 SURAH AL-QAMAR (BULAN) : 55 AYAT / MAKKIYYAH
Ayat 1-22 Menerangkan bahawa kiamat semakin hampir.
Ayat 23-40 Kisah kaum ‘Ad dibinasakan dengan ribut taufan yang dahsyat, kaum Thamud
diazabkan dengan gempa bumi dan kaum Lut yang diazab dengan taufan batu.
Ayat 41-55 Firaun dibinasakan oleh Allah s.w.t. Kemudian, menerangkan prinsip Islam bahawa
segala sesuatu kejadian itu adalah dengan Qada’ dan Qadar Allah.
55 SURAH AL-RAHMAN (YANG MAHA PEMURAH) : 78 AYAT / MADANIYYAH
Ayat 1-25 Menerangkan tentang nikmat al-Qur'an dan hakikat kewujudan manusia.
Seterusnya, menerangkan hakikat bahawa matahari dan bulan beredar mengikut
kiraan yang tepat serta seluruh bintang dan pokok sujud kepada Allah s.w.t. Disusuli
pula dengan menerangkan asal-usul kejadian manusia.
Ayat 26-45 Hakikat bahawa seluruh makhluk berakhir dengan kemusnahan.
Ayat 46-78 Menerangkan kehidupan orang yang bertakwa di dalam syurga.
20
SISIPAN B (PART 1).indd 20 14/09/2020 9:04 AM