Page 648 - Mushaf Madani
P. 648

PENGGUNAAN WARNA DI DALAM MUSHAF



                            Aplikasi warna di dalam mushaf menunjukkan tanda bacaan dan tajwid telah dipraktskan
                            semenjak  kurun  ke-3  Hijrah  lagi,  sebagaimana  perkembangan  tulisannya  dari  semasa  ke
                            semasa. Usaha ini dilihat sebagai inovasi yang berterusan yang dilakukan oleh ulama’ dengan
                            niat tulus iaitu memudahkan tlawah al-Qur’an untuk ummah ini.


                               Gambar  di  sebelah  merupakan  manuskrip  al-Qur’an
                            yang ditemui di Iraq. Manuskrip ini disalin  di atas kepingan
                            kulit yang berkilat. Dikatakan bahawa usaha penyalinannya
                            berlaku pada kurun ke-3 Hijrah.


                               Penyalinannya  memasukkan  tanda-tanda  bacaan
                            melalui  ttk-ttk  merah  untuk  menunjukkan  tanda  al-
                            I’rab  (baris  bacaan).  Khat  al-Masyaq  yang  berkembang
                            di  Makkah  dan  Madinah  pada  abad  pertama  Hijrah
                            diaplikasikan, di samping menerapkan estetka lingkaran
                            kecil keemasan yang terdiri daripada enam ttk dengan
                            warna yang berbeza iaitu merah, hitam dan hijau.




                                                               PENDEKATAN TAJWID



                            Warna juga ditentukan berdasarkan faktor tajwid di dalam al-Qur’an, sama ada:


                               1. Harakat - panjang vowel - 2, 4, 5 & 6 - diwarnakan pada harakat/ baris
                               2.  Pertemuan  dua  huruf  -  sepert  huruf  mim  bertemu  mim  (idgham)  dinamakan  pada
                                 kedua-dua huruf.
                               3.  Pertemuan tanwin atau nun mat dengan huruf - diwarnakan pada baris tanwin atau
                                 nun mat dan huruf selepasnya.
                               4. Lantunan/qalqalah - diwarnakan pada huruf yang terlibat.


                               Secara  keseluruhan  kaedah  tajwid  berwarna  dalam  mushaf  ini  meletakkan  warna  pada
                            tanda atau huruf, atau kedua-duanya pada bacaan yang terlibat.



                                                                   KOD WARNA


                                         MAD 2/4/6                  DENGUNG                     MAD 4/5


                                                      QALQALAH                      MAD 6














                                                                        34







       SISIPAN B (PART 2).indd   34                                                                                              01/10/2020   2:33 PM
   643   644   645   646   647   648   649   650   651   652   653