Page 646 - Mushaf Madani
P. 646
PENGENALAN TAJWID
Tajwid dari segi bahasa bermaksud memperelokkan dan memperhalusi. Manakala dari segi
istlahnya pula, ulama' dalam bidang ini membahagikannya kepada dua bahagian iaitu:
▪ Mengenal kaedah dan disiplin yang ditetapkan oleh ulama' tajwid. Bahagian ini dikenali
juga sebagai Tajwid Ilmiy atau Nazariy. Hukum mempelajarinya ialah sunat, manakala
bagi ahli ilmu adalah fardu kifayah.
▪ Mengeluarkan setap huruf daripada makhrajnya tanpa penyelewangan dan pengubahan.
Bahagian ini dikenali juga sebagai Tajwid Amali atau Tatbiqiy.
Ini jelas menunjukkan bahawa ilmu tajwid adalah antara semulia-mulia ilmu kerana berkait
rapat dengan al-Qur’an. Beramal dengan ilmu tajwid ini adalah fardu ‘ain bagi setap qari
mukallaf yang membaca keseluruhan al-Qur’an atau sebahagian daripadanya.
Ilmu tajwid memfokuskan kepada kalimat al-Qur'an daripada segi memberikan setap huruf
akan haknya iaitu sifat aslinya dan mustahaknya iaitu sifatnya yang mendatang. Oleh itu, ilmu
tajwid dianggap ilmu yang sangat pentng kerana ia berkait rapat dengan Kitab Allah s.w.t
bahkan ia merupakan sebaik-baik dan semulia-mulia ilmu.
Penyusunnya daripada sudut amali ialah Rasulullah s.a.w sendiri. Sebagaimana yang kita
ketahui bahawa al-Qur'an diturunkan daripada Lauh Mahfuz kepada Jibril a.s dan seterusnya
dibacakan kepada Rasulullah s.a.w berdasar satu cara yang khusus termasuk daripada segi
tajwidnya. Rasulullah s.a.w mengajarkannya kepada para sahabat, kemudian mereka pula
mengajarkannya kepada tabi'in dan berterusan daripada satu generasi kepada generasi yang
lain sehingga sampai kepada kita. Itu berlaku secara mutawatr yang meyakinkan dan bersifat
qat'i. Maka hal tersebut menunjukkan bahawa ilmu tajwid ini adalah tauqif (berdasarkan
wahyu) dan tdak seorang pun yang boleh mengubahnya atau mengabaikannya. Secara
kesimpulannya, ilmu tajwid ini bertujuan memelihara lidah daripada pelbagai kesalahan ketka
membaca kalam Allah s.w.t.
Kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Qur'an
Ulama' membahagikan kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Qur'an kepada dua bahagian,
1. Kesalahan yang nyata
Kesalahan ini berlaku pada sebutan huruf, sama ada membawa kepada perubahan makna
atau tdak, sepert menukarkan sebutan huruf To kepada Dal atau Ta'
mengabaikan sifat ist'la yang ada pada huruf To dan sebagainya.
32
SISIPAN B (PART 2).indd 32 01/10/2020 2:33 PM