Page 641 - Mushaf Madani
P. 641
95 SURAH AL-TIN (BUAH TIN) : 8 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-8 Menerangkan kepentngan buah tn dan zaitun dan kepentngan Bukit Tursina serta
negeri Makkah. Dijelaskan juga kemuliaan kejadian manusia dan sebab-sebab yang
membawa kepada kehinaannya.
96 SURAH AL-‘ALAQ (SEGUMPAL DARAH) : 19 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-19 Menyeru manusia supaya mencari ilmu melalui membaca dan menulis.
Menerangkan bahawa manusia itu sering menjadi sombong apabila mendapat
kekayaan.
97 SURAH AL-QADR (KEMULIAAN) : 5 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-5 Menerangkan bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam al-Qadar. Menerangkan
kelebihan malam al-Qadar.
98 SURAH AL-BAYYINAH (BUKTI YANG NYATA) : 8 AYAT / MADANIYYAH
AYAT 1-8 Pernyataan daripada ahli kitab dan orang musyrik bahawa mereka tetap berpegang
teguh dengan agama masing-masing sehingga datang nabi yang telah dijanjikan
sepert yang tercatat di dalam kitab mereka. Menerangkan bahawa berlakunya
perpecahan dalam kalangan ahli-ahli Kitab dan ini adalah angkara perbuatan mereka
sendiri. Menerangkan beberapa prinsip asas bagi agama yang benar. Menerangkan
balasan terhadap orang kafr dalam kalangan Ahli Kitab. Menerangkan balasan
terhadap orang yang beriman iaitu kehidupan yang kekal abadi di dalam syurga.
99 SURAH AL-ZALZALAH (GONCANGAN) : 8 AYAT / MADANIYYAH
AYAT 1-8 Menerangkan peristwa gempa bumi pada hari kiamat. Menerangkan bahawa
amalan manusia akan dihitung sesudah dibangkitkan dari kubur.
SURAH AL-‘ADIYAT (KUDA PERANG YANG PANTAS BERLARI)
100
: 11 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-11 Menerangkan kemuliaan kuda perang dan dijelaskan juga perihal umat manusia
itu amat kufur dan amat cintakan harta.
101 SURAH AL-QARI’AH (HARI KIAMAT) : 11 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-11 Menerangkan situasi huru-hara manusia dan kemusnahan gunung-ganang pada
hari kiamat dan menjelaskan kaedah perhitungan amalan manusia.
102 SURAH AL-TAKATHUR (BERMEGAH-MEGAH) : 8 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-8 Mengecam manusia yang berlumba-lumba membanyakkan harta kekayaan dengan
tujuan bermegah-megah.
Menerangkan bahawa setap nikmat yang dikurniakan kepada manusia itu akan
ditanya pada hari kiamat.
27
SISIPAN B (PART 1).indd 27 14/09/2020 9:04 AM