Page 642 - Mushaf Madani
P. 642
103 SURAH AL-‘ASR (MASA) : 3 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-3 Menerangkan bahawa satu-satunya golongan manusia yang beruntung ialah orang
yang beriman.
104 SURAH AL-HUMAZAH (PENGUMPAT) : 9 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-9 Menerangkan balasan terhadap orang yang menjadi pencaci dan pembuat ftnah.
Menerangkan balasan terhadap orang yang asyik mengumpulkan harta dan
bermegah dengan harta.
105 SURAH AL-FIL (GAJAH) : 5 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-5 Menceritakan mengenai azab Allah s.w.t. terhadap tentera bergajah. Kekuasaan
Allah s.w.t. mengatasi kekuatan mereka dan mereka dihancur lumat bagaikan daun
yang dimakan ulat.
106 SURAH QURAISY (BANGSA QURAISY) : 4 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-4 Menceritakan kelebihan bangsa Quraisy disebabkan keberadaan mereka di sekitar
Kaabah. Mereka diberi keamanan sehingga dapat bermusafr ke Yaman dalam
musim sejuk dan ke Syam dalam musim dingin. Nikmat itu patut disyukuri dengan
menyembah Allah s.w.t.
107 SURAH AL-MA’UN (KEBAJIKAN DAN BANTUAN) : 7 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-7 Mengecam orang yang menindas anak-anak yatm dan membiarkan fakir miskin.
Mengecam orang yang lalai daripada solat mereka dan mendirikan solat kerana
hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia.
108 SURAH AL-KAUTHAR (NIKMAT YANG BANYAK) : 3 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-3 Menerangkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah dikurniakan dengan nikmat-
nikmat yang melimpah di dunia dan di akhirat. Menerangkan perintah mendirikan
solat Idul Adha dan menyembelih korban. Menerangkan bahawa penentang Nabi
Muhammad s.a.w. adalah orang yang terputus daripada rahmat Allah s.w.t.
109 SURAH AL-KAFIRUN (ORANG KAFIR) : 6 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-6 Menerangkan pengumuman ikrar orang mukmin yang memutuskan hubungannya
dengan orang kafr dalam semua aspek ibadah. Pengisytharan dasar kebebasan
beragama.
110 SURAH AL-NASR (PERTOLONGAN) : 3 AYAT / MADANIYYAH
AYAT 1-3 Menerangkan kemenangan dakwah Islam. Menyeru Muslimin supaya menyambut
kemenangan itu dengan tasbih dan istghfar.
28
SISIPAN B (PART 1).indd 28 14/09/2020 9:04 AM