Page 705 - Mushaf Madani
P. 705

Berusaha untuk selalu mengikut
                                                          perintah al-Qur'an dan al-hadis


                            Sesungguhnya agama Islam menghubungkan antara ilmu dan amal. Maka, mengamalkan isi
                            kandungan ayat al-Qur’an dan hadis yang telah dihafaz akan dapat menetapkannya di hat.
                            Bagaimana  mungkin  Allah  s.w.t  akan  memberi  laluan  kepada  hafazan  selagi  perkara  yang
                            dihafaz itu tdak terjadi secara nyata dan tdak diamalkan dalam kehidupan seharian.





                                                  “Ilmu akan selalu datang dan menyertai amal jika anda
                                                     menyahutnya dan jika tidak, maka ia akan pergi.”
                                                                Sufyan al-Thauri r.h.m

                                                      “Kami pernah menggunakan pendekatan untuk
                                                     menghafaz hadis dengan cara mengamalkannya.”
                                                                 Ismail bin Mujammi’




                                                         Sabar dan bersungguh-sungguh
                                                               dalam meraih tujuan
                            Imam al-Junaid berkata, “Tidak seorang pun mencari sesuatu dengan bersungguh-sungguh
                            dan benar-benar kecuali dia akan memperolehnya. Jika tdak memperoleh secara keseluruhan
                            maka past dia akan mendapatkan sebahagian.”


                            Pernah  diceritakan  bahawa  ada  seorang  lelaki  berkeinginan  untuk  belajar,  tetapi  dia  tdak
                            berjaya, lalu dia terlintas hat untuk meninggalkan belajar ilmu. Selepas itu, dia melalui dan
                            menjumpai air yang menits dari atas lereng gunung ke atas sebuah batu yang sangat besar, dan
                            bahagian tengahnya berlubang kerana terkena ttsan air tersebut. Lantas dia berfkir, air yang
                            begitu lunak dan lembut saja dapat memberi kesan kepada batu yang begitu pejal dan keras,
                            kemudian dia berkata, “Demi Allah! Mulai sekarang aku akan benar-benar mencari ilmu,” lalu
                            dia (kembali) mencari ilmu dan akhirnya dia mendapatkan apa yang dia tekuni.





                                                   “Bukanlah keberanian itu tanpa kesabaran sesaat, dan
                                                  kejayaan itu pada akhirnya akan diperoleh setiap orang
                                                                    yang sabar.”





                                                   Kembali kepada Allah s.w.t dan menguatkan
                                                            pergantungan kepada-Nya

                            Jika  merasa  susah  menghafaz  ataupun  merasa  berat  dalam  apa  jua  bidang  ilmu,  maka
                            kembalilah kepada Allah s.w.t dengan bermunajat dan menangis di waktu sahur. Ucapkanlah
                            doa ini,













                                                                        91







       SISIPAN B (PART 3).indd   91                                                                                              14/09/2020   9:06 AM
   700   701   702   703   704   705   706   707   708   709   710