Page 704 - Mushaf Madani
P. 704

KAEDAH MENGHAFAZ

                                                             AL-QUR’AN







                                                    FAKTOR YANG MEMBANTU PENGHAFAZAN


                           Menghafaz al-Qur’an mempunyai nilai, kelebihan dan kedudukan yang sangat tnggi dan agung
                           di sisi Allah s.w.t. Lantaran itu, mintalah pertolongan kepada-Nya dan janganlah berasa lemah
                           ataupun jemu serta istqamahlah atas beberapa langkah berikut:


                                                              Niat Yang Ikhlas (Tulus)


                           Niatkan  hanyalah  untuk  mencari  redha  Allah  s.w.t,  dan  memberikan  nasihat  kepada  kaum
                           Muslimin dengan jelas dan nyata.



                                                             “Permulaan Ilmu adalah niat.”
                                                              Imam Ibnu Mubarak r.h.m

                                   “Sesungguhnya hadis (ilmu) itu dipelajari agar dengannya kita dapat bertakwa kepada Allah
                                         s.w.t sekalikan. Itulah kelebihan ilmu hadis berbanding ilmu-ilmu yang lain.”
                                                                Sufyan al-Thauri r.h.m




                                                        Menjauhi yang haram dan larangan

                           Ketahuilah bahawa wadah atau bekas yang digunakan untuk meletakkan hafazan al-Qur’an
                           atau hadis ialah hat. Maka, sepatutnya hat perlu dijaga daripada sesuatu yang mengotorinya
                           iaitu perkara-perkara yang tdak diredhai Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w. Apabila hat bersih,
                           maka seluruh anggota tubuh, terutamanya pintu-pintu yang menembus ke hat juga bersih.
                           Dua  mata  di  mana  yang  digunakan  untuk  membaca  ayat-ayat  Allah  s.w.t  dan  telinga  yang
                           digunakan untuk mendengar juga akan lebih mudah menerimanya.




                                      Ada seseorang yang bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.h.m, “Wahai Abu
                                    Abdillah! Apakah ada sesuatu yang baik untuk hafazan ini?” Beliau menjawab, “Jika ada
                                              sesuatu yang baik untuknya, maka pastilah meninggalkan maksiat.”


                                                            Imam al-Syafe r.h.m berkata,
                                 “Saya mengadu kepada Syeikh Waqi’ mengenai buruknya hafazanku, maka beliau berpesan kepadaku
                                 supaya selalu meninggalkan maksiat. Beliau berkata bahawa menghafaz sesuatu (ilmu) itu adalah
                                       anugerah, dan anugerah Allah s.w.t tidak akan diperoleh oleh seorang ahli maksiat.”








                                                                        90







       SISIPAN B (PART 3).indd   90                                                                                              14/09/2020   9:06 AM
   699   700   701   702   703   704   705   706   707   708   709