Page 708 - Mushaf Madani
P. 708
NOTA!
• Cara yang paling baik usahakan mengetahui maknanya terlebih dahulu dan menggambarkan
peristwa-peristwa yang berhubungan dengan ayat sebelum menghafaz.
• Usahakan supaya menghafaz dengan mengeluarkan suara yang dapat didengari iaitu
sekadar nada suara yang sendiri dapat mendengarnya dan dengan lagu yang disukai.
• Ketka lapang dan bersantai atau sebelum tdur, maka usahakan untuk melalukan hafazan
(membaca di dalam hat) apa yang telah dihafazkan.
METODE (CARA) MENGULANG HAFAZAN
Selagi mempunyai hafazan, maka sepatutnya sentasa mengulang dan mengingatnya, sehingga
anugerah Allah s.w.t yang telah diberikan tdak hilang begitu sahaja. Berikut ini saya akan
memberikan tps yang jelas dan mudah untuk mengulang hafazan dengan baik dan berkesan.
Namun sebelum itu, sepatutnya membuat pilihan akan hal-hal berikut:
▪ Sebaik-baik waktu untuk mengulang, iaitu waktu-waktu yang sama.
▪ Sebaik-baik tempat, iaitu sama sepert tempat menghafaz.
▪ Sebaik-baik keadaan diri untuk mengulang.
Jika tga pilihan ini sudah dipenuhi, maka silakan pilih langkah-langkah pengulangan sepert
berikut:
Sebaiknya menetapkan kadar pengulangan yang akan diulang, dan membahagikannya
sesuai dengan waktu untuk mengulang. Hal ini dianjurkan untuk tujuan pengulangan yang
sistematk dan tertb.
Bacalah sekali terlebih dahulu dengan melihat mushaf. Sekiranya panjang, boleh
memecahkannya kepada beberapa bahagian. Setelah itu ulangilah bacaan tanpa melihat
mushaf kecuali kadang kala ketka perlu melihat kepada mushaf. Jika tdak dapat melakukan
hal tersebut maka bacalah dengan melihat kepada mushaf. Maka, dengan bacaan kali ketga,
past dipermudahkan untuk yang demikian dengan izin Allah s.w.t.
Jika hal ini tdak dapat dilakukan, maka antara penyebabnya adalah sepert berikut:
1. Hafazan sebelumnya kurang baik dan benar-benar belum kuat (melekat di ingatan).
2. Tidak mengulang hafazan dalam tempoh yang lama.
3. Susahnya kadar hafazan yang akan diulang disebabkan perkataan, hukum-hakam dan
ayat-ayat yang hampir sama, sehingga memerlukan konsentrasi yang tnggi.
Jika tdak mampu untuk mengulang hafazan disebabkan salah satu tga hal di atas,
maka perlu mempersiapkan diri untuk menghafaznya sama sepert orang yang baru menghafaz
hingga mantap.
94
SISIPAN B (PART 3).indd 94 14/09/2020 9:06 AM