Page 709 - Mushaf Madani
P. 709

Beberapa sebab yang membantu untuk menguatkan
                                                            hafazan dan pengulangan:


                            •   Membaca ayat yang telah dihafaz di dalam solat tanpa melihat mushaf.






                                                      “Dan untuk menguatkan hafazan, dia berusaha
                                                   membaca ayat-ayat yang sudah dihafaz ketika solat.”
                                                           Kitab Maqasid Halaqat al-Ta’lim




                            •   Jika mengulang hafazan dalam posisi duduk, maka tutuplah kitab atau mushaf, kemudian
                            berdirilah dan bacalah apa yang sudah dihafaz sambil berjalan.


                            •   Beberapa perkara yang dapat menguatkan hafazan adalah mengulangnya bersama orang
                            lain, iaitu saling mengulang bersama rakan.


                            •   Usahakan di saat tasmi‘ (memperdengarkan) hafazan, membacanya dengan tartl. Manakala
                            di saat tasmi‘ muraja‘ah (pengulangan), bacalah dengan tadwir (sederhana).


                            •   Jika salah dalam membaca suatu ayat, maka letakkan tanda garisan di bawah ayat tersebut
                            dengan menggunakan pensil. Setelah tasmi’, ulangilah ayat itu sehingga benar-benar melekat
                            di ingatan.


                               Justeru, segala yang disenaraikan di atas adalah usaha untuk menghafaz al-Qur’an yang
                            biasa digunakan oleh orang yang telah berpengalaman. Namun terpulang kepada diri masing-
                            masing untuk memilihnya mengikut keselesaan. Walau bagaimanapun, perkara paling utama
                            dalam menghafaz al-Qur’an adalah kesungguhan dan istqamah, di samping niat yang betul.
                            InsyaAllah segala yang diusahakan bersungguh-sungguh, past akan membuahkan hasil.



                            [Abdullah Muhamed Salim Jehhaf, 2105, Kaedah Berkesan Menghafaz al-Qur’an dan al-Hadith, Shah
                            Alam: YR Publicatons Sdn. Bhd.]

































                                                                        95







       SISIPAN B (PART 3).indd   95                                                                                              14/09/2020   9:06 AM
   704   705   706   707   708   709   710   711   712   713   714