Page 707 - Mushaf Madani
P. 707
4. Langkah–langkah menghafaz selanjutnya
Setelah selesai tga perkara di atas, maka terdapat beberapa langkah seterusnya untuk
menghafaz dan ia terpulang mengikut keselesaan masing-masing.
CARA 1:
MENGULANG AYAT BERULANG KALI
Mengulang 5 atau 10 ayat berkali-kali sehingga CATATAN:
dapat menghafaznya, kemudian setelah hafaz
diulang lagi sekurang-kurangnya sebanyak 25x Kemungkinan cara ini menyusahkan dan
(dua puluh lima kali). Jika mampu sampai 41x memenatkan, tetapi insyaAllah akan
(empat puluh satu kali) maka lebih afdal dan akan mendapatkan hasil hafazan yang baik
menjadikan hafazan lebih kuat. pada peringkat maksimum.
CARA 2:
MENGHAFAZ SECARA TERTIB
Menghafaz ayat atau maqra’ pertama sehingga ingat dengan baik. Kemudian berpindah ke
ayat berikutnya dan dihafaz dengan baik. Kemudian mengulang ayat yang pertama digabung
dengan ayat berikutnya secara hafazan. Lalu menghafaz ayat yang ketga sampai dapat hafaz
dengan baik. Setelah itu, kembali ke ayat yang pertama dan kedua disambung dengan ayat yang
ketga tanpa melihat mushaf (iaitu secara hafazan). Begitulah seterusnya sehingga selesai satu
halaman. Kemudian, bacalah halaman tersebut beberapa kali (minimum lima kali). Lakukan
cara ini untuk halaman-halaman atau maqra’ berikutnya tanpa melupakan usaha atau proses
menghubungkait antara semua yang tersebut.
CARA 3:
MEMBERIKAN KONSENTRASI BERGANDA
Memberi tumpuan yang lebih di saat melihat ayat-ayat yang dihafaz, dan perlu merakam
halaman ini dengan suara serta gambarnya. Ini bukan berert perlu menggunakan kamera
(tetapi gambarnya dirakam di benak fkiran).
Bacalah ayat di atas sebanyak tga kali atau lebih sehingga dapat dikuasai oleh akal, kemudian
pejamkan kedua-dua matamu dan bayangkan tempat-tempat perkataan di benak ingatan
sambil membacanya, jika berjaya membaca semuanya tanpa ada sedikit pun kesalahan, ulangi
lagi sebanyak dua kali atau tga kali sampai lima kali.
Bukalah kedua-dua mata untuk kali kedua dan
CATATAN: bacalah ayat tersebut di mushaf untuk memastkan
Semua cara menghafaz yang hafazan itu benar-benar sahih. Jika past telah
tersebut tadi bukanlah khusus menghafaz dengan tepat, cuba pejamkan lagi
bagi menghafaz al-Qur’an sahaja, kedua-dua mata dan bacalah ayat yang sudah hafaz
bahkan juga dapat dipraktkkan itu buat kali yang terakhir, supaya ayat tersebut
dalam menghafaz hadis. terus berada di benak ingatan yang tdak mungkin
akan hilang dengan izin Allah s.w.t.
93
SISIPAN B (PART 3).indd 93 14/09/2020 9:06 AM