Page 638 - Mushaf Madani
P. 638
76 SURAH AL-INSAN (MANUSIA) : 31 AYAT / MADANIYYAH
Ayat 1-22 Menerangkan bahawa sejarah manusia adalah bermula daripada tada kepada
ada.
Ayat 23-31 Menerangkan bahawa ayat-ayat al-Qur’an itu menjadi peringatan dan pengajaran
kepada mereka yang ingin mencari keredhaan Allah s.w.t
77 SURAH AL-MURSALAT (SESUATU YANG DIKIRIM) : 50 AYAT / MAKKIYYAH
Ayat 1-40 Menerangkan bahawa kiamat itu tetap akan berlaku. Pada hari itu para pendusta
akan mendapat balasan yang setmpal.
Ayat 41-50 Menerangkan kenikmatan hidup orang yang bertakwa di dalam syurga.
78 SURAH AL-NABA’ (BERITA PENTING) : 40 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-30 Menerangkan kurniaan utama kepada manusia di alam ini. Seterusnya,
menerangkan bahawa hari kiamat itu telah ditentukan masanya dan neraka itu
disediakan untuk manusia yang melampaui batas.
AYAT 31-40 Menerangkan nikmat-nikmat yang disediakan untuk orang yang bertakwa di dalam
syurga.
79 SURAH AL-NAZI'AT (PARA PENCABUT) : 46 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-26 Menerangkan gambaran ketakutan manusia pada hari kiamat. Seterusnya,
menerangkan keangkuhan Firaun yang mengaku dirinya sebagai tuhan.
AYAT 27-46 Menerangkan bahawa manusia akan menyedari kesalahannya apabila tbanya hari
kiamat. Kemudian, menerangkan balasan orang yang mengutamakan kehidupan
dunia dan balasan orang yang takut kepada Allah s.w.t.
80 SURAH ‘ABASA (DIA BERMASAM MUKA) : 42 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-42 Teguran kepada Rasulullah s.a.w. kerana lebih memberi layanan kepada orang
bangsawan yang tdak beriman dan membelakangi seorang buta yang beriman
dan mempunyai hat yang ikhlas hendak menerima ajaran Rasulullah s.a.w.
Seterusnya, menerangkan bahawa al-Qur'an itu merupakan satu pengajaran dan
peringatan serta terbuka kepada sesiapa sahaja. Kemudian, menerangkan cabaran
Allah s.w.t kepada orang yang mengkufuri nikmat-Nya dan menerangkan bahawa
setap manusia akan menyelamatkan diri masing-masing pada hari kiamat tanpa
menghiraukan orang lain.
81 SURAH AL-TAKWIR (PENGGULUNGAN) : 29 AYAT / MAKKIYYAH
AYAT 1-29 Menerangkan peristwa kemusnahan seluruh kejadian alam pada hari kiamat.
Menerangkan bahawa al-Qur'an itu disampaikan menerusi malaikat Jibril yang
mempunyai sifat-sifat yang tertentu di sisi Allah s.w.t.
24
SISIPAN B (PART 1).indd 24 14/09/2020 9:04 AM