Page 636 - Mushaf Madani
P. 636
62 SURAH AL-JUMU’AH (HARI JUMAAT) : 11 AYAT / MADANIYYAH
Ayat 1-8 Menerangkan bahawa terdapat makhluk selain manusia yang sentasa bertasbih
kepada Allah s.w.t.
Ayat 9-11 Menerangkan kewajipan solat Jumaat dan meninggalkan jual beli apabila azan
Jumaat dikumandangkan.
63 SURAH AL-MUNAFIQUN (ORANG MUNAFIK) : 11 AYAT / MADANIYYAH
Ayat 1-8 Menerangkan sifat-sifat orang munafk.
Ayat 9-11 Mengingatkan Muslimin supaya jangan dilalaikan oleh harta kekayaan mereka di
samping menyeru mereka membelanjakannya f sabilillah.
64 SURAH AL-TAGHABUN (HARI DIDEDAHKAN) : 18 AYAT / MADANIYYAH
Ayat 1-10 Keseragaman dalam penciptaan Allah s.w.t. Seterusnya mengingatkan orang kafr
bahawa mereka akan tetap dibangkitkan kembali pada hari kiamat dan didedahkan
segala kesalahan mereka.
Ayat 11-18 Menerangkan prinsip Qada’ dan Qadar serta mengingatkan bahawa harta-benda,
isteri dan anak-anak merupakan ujian kepada seseorang.
65 SURAH AL-TALAQ (TALAK) : 12 AYAT / MADANIYYAH
Ayat 1-7 Menerangkan hukum-hukum talak dan ‘iddahnya.
Ayat 8-12 Menerangkan negeri-negeri yang pernah menentang agama Allah s.w.t telah
menerima malapetaka.
66 SURAH AL-TAHRIM (PENGHARAMAN) : 12 AYAT / MADANIYYAH
Ayat 1-7 Menerangkan beberapa contoh teladan daripada kehidupan Nabi Muhammad
s.a.w bersama isterinya.
Ayat 8-12 Mengingatkan mukmin supaya bertaubat dengan setulus hat kepada Allah s.w.t.
67 SURAH AL-MULK (KERAJAAN) : 30 AYAT / MAKKIYYAH
Ayat 1-14 Menerangkan bahawa Allah s.w.t itu adalah Pemerintah dan Penguasa Yang Maha
Agung yang mentadbir alam ini. Seterusnya, menerangkan hikmah kejadian mat
dan hidup dan menerangkan bahawa Allah s.w.t menciptakan segala sesuatu
berasaskan kepada peraturan yang rapi dan mantap.
Ayat 15-30 Menerangkan cabaran Allah s.w.t terhadap orang kafr melalui keanehan beberapa
kejadian alam sepert burung dan lain-lain.
68 SURAH AL-QALAM (PENA) : 52 AYAT / MAKKIYYAH
Ayat 1-33 Menyangkal tuduhan bahawa Nabi Muhammad s.a.w seorang yang gila dan
mengumumkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w mempunyai akhlak yang amat
tnggi. Seterusnya, menyatakan kelebihan mata pena dan hasil penulisan.
Ayat 34-52 Menyeru Rasulullah s.a.w supaya bersabar dan tdak mencontohi kegopohan Nabi
Yunus a.s.
22
SISIPAN B (PART 1).indd 22 14/09/2020 9:04 AM