Page 635 - Mushaf Madani
P. 635
56 SURAH AL-WAQI’AH (HARI KIAMAT) : 96 AYAT / MAKKIYYAH
Ayat 1-38 Menerangkan peristwa-peristwa yang akan berlaku pada hari kiamat dan
pembahagian manusia di akhirat kelak.
Ayat 39-74 Menerangkan azab yang akan diterima oleh Ashabul Syimal.
Ayat 75-96 Kemuliaan dan kesucian al-Qur’an dan keadaan manusia ketka menghadapi
kedatangan maut serta kesudahan ketga-tga golongan manusia tadi.
57 SURAH AL-HADID (BESI) : 29 AYAT / MADANIYYAH
Ayat 1-10 Menerangkan sifat-sifat kesempurnaan Allah s.w.t. dan menyeru Muslimin supaya
mengorbankan harta kekayaan mereka demi menegakkan agama Allah s.w.t.
Ayat 11-19 Menyeru mukmin supaya khusyuk dan patuh kepada Allah s.w.t.
Ayat 20-25 Menerangkan bahawa kehidupan dunia itu hanyalah hiburan dan permainan
sahaja sedangkan matlamat kehidupan sebenar ialah mencari keredhaan Allah
s.w.t.
Ayat 26-29 Menerangkan bahawa tradisi kerahiban dalam agama Nasrani itu adalah rekaan
paderi-paderi mereka sahaja, bukan daripada ajaran Islam.
58 SURAH AL-MUJADILAH (WANITA YANG MEMBANTAH) : 22 AYAT / MADANIYYAH
Ayat 1-6 Menerangkan hukum zihar.
Ayat 7-13 Mengecam perbincangan sulit yang bertujuan jahat serta menerangkan adab
kesopanan di dalam majlis orang ramai.
Ayat 14-22 Mengecam perbuatan melakukan hubungan seta kawan dengan pihak musuh.
59 SURAH AL-HASYR (PENGUSIRAN) : 24 AYAT / MADANIYYAH
Ayat 1-10 Peristwa pengusiran kaum Yahudi (Bani Nadhir) dari Madinah dan hukum harta
benda rampasan perang yang diperoleh daripada mereka.
Ayat 11-17 Kelebihan Muhajirin dan sifat mithali kaum Ansar.
Ayat 18-24 Kesan keagungan al-Qur’an dan sebahagian daripada nama-nama Allah Yang Maha
Indah (al-Asma’ al-Husna).
60 SURAH AL-MUMTAHANAH (WANITA YANG DIUJI) : 13 AYAT / MADANIYYAH
Ayat 1-6 Menerangkan bahawa Muslimin dilarang mengadakan hubungan rapat dengan
musuh-musuh Islam.
Ayat 7-13 Memberi keizinan kepada mukmin berbuat baik kepada orang kafr yang tdak
memusuhi mereka serta menerangkan kewajipan memberi perlindungan kepada
Muslimat yang turut berhijrah bersama Rasulullah s.a.w. dan menerima bai’ah
mereka.
61 SURAH AL-SAFF (BARISAN) : 14 AYAT / MADANIYYAH
Ayat 1-9 Mukmin diwajibkan mengotakan apa yang dikata dan menganjurkan mereka
berjuang dalam satu barisan yang kukuh.
Ayat 10-14 Menerangkan bahawa iman dan jihad itu satu pelaburan yang amat menguntungkan
di sisi Allah s.w.t.
21
SISIPAN B (PART 1).indd 21 14/09/2020 9:04 AM