Page 639 - Mushaf Madani
P. 639

82    SURAH AL-INFITAR (TERBELAH LANGIT) : 19 AYAT / MAKKIYYAH



                             AYAT 1-19      Menerangkan detk-detk kemusnahan alam pada hari kiamat. Mengajak manusia
                                            yang  kufur  terhadap  Allah  s.w.t.  supaya  mengenangkan  asal-usul  kejadiannya.
                                            Menerangkan  bahawa  setap  amalan  manusia  ditulis  oleh  malaikat  pencatat
                                            amalan. Menerangkan bahawa pada hari kiamat tada seorang pun yang boleh
                                            membantu orang lain.

                                   SURAH AL-MUTAFFIFIN (ORANG YANG CURANG DALAM JUAL BELI)
                             83    : 36 AYAT / MAKKIYYAH


                             AYAT 1-36       Menerangkan  balasan  azab  terhadap  orang  yang  berlaku  curang  di  dalam
                                             tmbangan dan sukatan. Menerangkan kedudukan buku rekod amalan bagi orang
                                             yang jahat dan orang yang baik. Menerangkan kenikmatan hidup bagi orang yang
                                             baik di dalam syurga.



                             84    SURAH AL-INSYIQAQ (TERBELAH LANGIT) : 25 AYAT / MAKKIYYAH

                             AYAT 1-25          Menerangkan  peristwa  kemusnahan  langit  dan  bumi  pada  hari  kiamat.
                                             Menerangkan perjuangan hidup manusia di dunia akan berakhir dengan menemui
                                             Allah s.w.t. Menerangkan cara orang mukmin dan orang kafr menerima rekod-
                                             rekod amalan masing-masing pada hari kiamat. Menerangkan balasan orang yang
                                             tdak percaya kepada al-Qur'an.


                             85    SURAH AL-BURUJ (GUGUSAN BINTANG) : 22 AYAT / MAKKIYYAH

                             AYAT 1-22          Menerangkan kejahatan para pembesar Najran yang telah membina parit-parit
                                             api  dan  membakar  orang  mukmin  di  dalamnya.  Menerangkan  balasan  orang
                                             yang menyeksa dan memftnah orang mukmin. Menerangkan bahawa Allah s.w.t.
                                             Yang berkuasa menciptakan sesuatu pada permulaan kejadiannya, maka Dia juga
                                             berkuasa menghidupkan kembali pada hari kiamat.

                                   SURAH AL-TARIQ (YANG DAPAT DILIHAT PADA MALAM HARI)
                              86
                                   : 17 AYAT / MAKKIYYAH

                             AYAT 1-17       Mengingatkan manusia kepada asal kejadian mereka dan bagaimana mereka akan
                                             dihidupkan kembali selepas mat. Dijelaskan juga bahawa al-Qur'an adalah kitab
                                             suci yang membezakan antara yang benar dengan yang palsu dan al-Qur'an itu
                                             bukan bahan senda gurau. Meskipun demikian, orang kafr tetap ingkar dan suka
                                             menimbulkan  keraguan  terhadap  al-Qur'an.  Namun  Allah  s.w.t  membalas  tpu
                                             daya mereka dengan tpu daya lain yang lebih utuh.



                             87    SURAH AL-A’LA (YANG MAHA TINGGI) : 19 AYAT / MAKKIYYAH


                             AYAT 1-19       Menerangkan  tentang  perintah  bertasbih  kepada  Allah  s.w.t  yang  menciptakan
                                             makhluk dari segi  ketelitan dan kesempurnaan. Menerusi surah ini dinyatakan juga
                                             bahawa Allah s.w.t berkehendak membacakan al-Qur’an kepada Nabi Muhammad
                                             s.a.w dan seterusnya menghafalkannya. Malah baginda tdak akan lupa sedikit pun
                                             kecuali beberapa perkara yang memang dikehendaki Allah s.w.t










                                                                        25







       SISIPAN B (PART 1).indd   25                                                                                              14/09/2020   9:04 AM
   634   635   636   637   638   639   640   641   642   643   644