Page 640 - Mushaf Madani
P. 640

88    SURAH AL-GHASYIYAH (HARI PEMBALASAN) : 26 AYAT / MAKKIYYAH



                             AYAT 1-26       Menerangkan keadaan wajah-wajah manusia yang beriman dan manusia yang kafr
                                             pada hari kiamat serta bentuk-bentuk balasan yang akan diterima oleh mereka.
                                             Menyeru manusia menelit kejadian-kejadian alam untuk menguatkan keimanan
                                             mereka.  Menerangkan  bahawa  tugas  rasul  ialah  menyampaikan  bukannya
                                             memaksa.

                             89    SURAH AL-FAJR (FAJAR) : 30 AYAT / MAKKIYYAH

                             AYAT 1-30          Menceritakan  kisah  umat-umat  terdahulu  yang  telah  dibinasakan  Allah  s.w.t.
                                             kerana kejahatan dan kekufuran mereka. Mengingatkan manusia bahawa nikmat
                                             Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada mereka adalah ujian dan ia bukan semestnya
                                             tanda  kasih  sayang  atau  kebencian-Nya  kepada  mereka.  Menerangkan  bahawa
                                             kekayaan adakala menjadi penyakit yang membawa manusia kepada kemurkaan
                                             Allah s.w.t. Menerangkan penyesalan manusia apabila melihat azab. Menerangkan
                                             bahawa orang Mukmin akan dipersilakan masuk ke dalam syurga dengan penuh
                                             kehormatan.


                             90    SURAH AL-BALAD (KOTA) : 20 AYAT / MAKKIYYAH

                             AYAT 1-20          Menerangkan kemuliaan Tanah Suci Makkah. Menerangkan kepentngan hubungan
                                             antara ibu bapa dan anak. Menerangkan bahawa hakikat hidup manusia itu ialah
                                             perjuangan mencari redha Allah s.w.t. Menerangkan bahawa manusia tdak dapat
                                             menipu Allah s.w.t dengan amalan-amalan mereka yang tdak ikhlas. Menerangkan
                                             jalan-jalan mujahadah merebut keredhaan Allah s.w.t.


                             91    SURAH AL-SYAMS (MATAHARI) : 15 AYAT / MAKKIYYAH

                             AYAT 1-15       Menerangkan keanehan kejadian matahari, bulan, malam, siang, langit dan bumi.
                                             Menerangkan  kepentngan  kebersihan  jiwa.  Menerangkan  kebinasaan  kaum
                                             Thamud kerana menyembelih unta yang merupakan mukjizat Nabi Soleh a.s.


                             92    SURAH AL-LAIL (MALAM) : 21 AYAT / MAKKIYYAH



                             AYAT 1-21       Menerangkan kepentngan kejadian lelaki dan perempuan serta kelebihan orang
                                             yang dermawan dan kehinaan orang yang bakhil. Menerangkan sifat pemberian
                                             atau pengorbanan yang ikhlas.

                             93    SURAH AL-DHUHA (WAKTU DUHA) : 11 AYAT / MAKKIYYAH


                             AYAT 1-11       Menerangkan  bahawa  terputusnya  wahyu  selama  beberapa  waktu  bukanlah
                                             berert bahawa Allah s.w.t. telah memurkai Nabi Muhammad s.a.w sepert yang
                                             didakwa  oleh  orang  kafr.  Menerangkan  perubahan  yang  dialami  oleh  Nabi
                                             Muhammad  s.a.w  sebelum  dan  sesudah  dipilih  menjadi  rasul.  Menerangkan
                                             larangan menghina anak-anak yatm dan peminta bantuan.


                             94    SURAH AL-SYARH (LAPANG DADA) : 8 AYAT / MAKKIYYAH


                             AYAT 1-8        Menerangkan nikmat hidayah dan nikmat sebutan nama yang baik yang dikurniakan
                                             kepada Nabi Muhammad s.a.w. Menyeru supaya gigih berusaha demi perjuangan
                                             ke jalan Allah s.w.t.





                                                                        26







       SISIPAN B (PART 1).indd   26                                                                                              14/09/2020   9:04 AM
   635   636   637   638   639   640   641   642   643   644   645