Page 669 - Mushaf Madani
P. 669
PENGENALAN
MUSHAF AL-QUR'AN
PENGENALAN MENGENAI AL-QUR’AN AL-KARIM
1. Pengertan Al-Qur’an
Al-Qur’an Dari Sudut Bahasa:
Ulama’ Bahasa Arab berselisih pendapat mengenai perkataan asal al-Qur’an
Sebahagian mereka berpendapat, ia berasal daripada al-qar’u dan seert dengan al-
jam‘u yang bermaksud himpunan. Sebahagian yang lain pula berpendapat, ia berasal
daripada kata qira’ah yang bermaksud bacaan. Pendapat inilah yang paling masyhur
dalam kalangan ahli bahasa.
Al-Qur’an Dari Sudut Syara’:
Terdapat pelbagai ungkapan ulama’ dalam mendefnisikan kitab suci al-Qur’an dan mereka
menghuraikannya mengikut bidang ilmu masing-masing. Justeru, percanggahan ungkapan
berlaku antara ulama’ usuluddin, usul fqh, fqh dan ahli bahasa. Walaupun begitu, kesemua
mereka sepakat mengatakan bahawa al-Qur’an itu adalah Kalamullah.
Antara defnisi yang masyhur dan terbaik menyatakan, “Al-Qur’an ialah Kalamullah s.w.t
yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan
Jibril a.s yang termaktub di dalam mushaf yang disampaikan kepada umat Islam melalui
riwayat yang mutawatr, yang menjadi ibadah dengan membacanya, dimulai dengan Surah
al-Fathah dan diakhiri dengan Surah al-Nas.”
Huraian Defnisi:
Kalam berert perkataan. Sekiranya kata tersebut tdak disandarkan, maka ia bersifat umum
yang merangkumi semua jenis perkataan daripada pelbagai sumber, tetapi apabila disandarkan
kepada Allah s.w.t iaitu ‘Kalamullah’ maka kata itu menjadi khusus kepada kalam yang datang
daripada Allah s.w.t semata-mata. Berdasarkan pengkhususan ini, maka terkeluarlah semua
kalam yang lain termasuklah kalam manusia, jin, malaikat dan Kalam Nabi Muhammad s.a.w
yang dikenali sebagai Hadis Nabawi.
55
SISIPAN B (PART 2).indd 55 01/10/2020 2:34 PM