Page 671 - Mushaf Madani
P. 671

2. Nama-nama al-Qur’an


                           Selain  daripada  al-Qur’an,  terdapat  beberapa  nama  lain  yang  diberikan.  Kebanyakannya
                           menunjukkan  kelebihan  al-Qur'an  itu  sendiri.  Nama-nama  al-Qur'an  ini  banyak  sehingga
                           mencapai 90 nama, namun antara yang masyhur ialah:
                             • Al-Kitab iaitu nama yang cukup sinonim dengan nama al-Qur’an.
                              •  Al-Furqan  yang  bermaksud  pembeza.  Ini  kerana  al-Qur’an  adalah  pembeza  yang
                                memisahkan antara yang hak dengan yang batl atau kebenaran dengan kesesatan dan
                                cahaya dengan kegelapan.
                              •  Al-Zikir  yang  bermaksud  peringatan.  Hal  ini  sungguh  jelas  sekali  kerana  al-Qur’an  itu
                                merupakan peringatan kepada manusia dan jin.


                                3. Penggunaan Istlah ‘Mushaf’ Bagi Al-Qur’an


                           Terdapat satu istlah yang digunakan untuk al-Qur’an iaitu ‘Mushaf’, dengan merujuk kepada
                           beberapa hadis dan athar (kata-kata para sahabat). Istlah Mushaf berasal daripada kata kerja
                           ushifa yang bermaksud dikumpul di dalam suhuf dan suhuf ini pula merupakan kata jamak
                           kepada sahifah yang bermaksud lembaran-lembaran yang ditulis. Tidak kira sama ada lembaran
                           yang ditulis itu daripada jenis kertas, kulit dan lain-lain. Manakala di dalam kitab Manahil al-
                           'Irfan dinyatakan bahawa mushaf itu ialah lembaran-lembaran yang dihimpunkan padanya al-
                           Qur’an bersama susunan ayat dan kesemua surahnya mengikut bentuk yang disepakat umat
                           Islam pada zaman Khalifah 'Uthman r.a. Menurut al-Zarqaniy, “Abu Bakar r.a telah menghimpun
                           al-Qur’an dalam suhuf. Adapun yang dimaksudkan dengan suhuf itu ialah lembaran-lembaran
                           yang dihimpukan al-Qur’an pada zaman Abu Bakar r.a.”



                                                           Kemunculan Istlah 'Mushaf'


                           Terdapat dua pandangan mengenai masalah ini:


                               Pendapat Pertama

                           Menurut sebahagian ahli sejarah Islam, penggunaan istlah mushaf ini telah wujud selepas
                           kewafatan Rasulullah s.a.w, iaitu sebaik sahaja al-Qur'an selesai ditulis dan dihimpunkan pada
                           zaman  pemerintahan  Khalifah  Abu  Bakar  r.a.  Menurut  mereka,  istlah  mushaf  digunakan
                           bukanlah  berdasarkan  kepada  wahyu  atau  hadis  sebaliknya  ia  merupakan  alternatf  yang
                           diberikan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.



                           Hujah pendapat yang pertama ini adalah disandarkan kepada athar al-sahabah (kata-kata,
                           amalan atau tndakan para sahabat r.a) yang diriwayat oleh al-Muzfri dan Ibnu Asytah:



                              1.  Al-Muzfri  telah  menukilkan  di  dalam  kitab  tarikhnya  ungkapan  berikut,  “Tatkala  Abu
                                 Bakar r.a selesai menghimpunkan al-Qur’an, beliau berkata, ‘Kamu berilah Namanya.’
                                 Sebahagian para sahabat berkata, ‘Kita namakannya Injil.’ Tetapi nama ini tdak disukai
                                 Abu Bakar r.a. Sebahagian sahabat yang lain pula berkata, ‘Kita namakannya dengan







                                                                        57







       SISIPAN B (PART 2).indd   57                                                                                              01/10/2020   2:34 PM
   666   667   668   669   670   671   672   673   674   675   676