Page 673 - Mushaf Madani
P. 673
4. Pembahagian Al-Qur’an Kepada Surah dan Juzuk
Pembahagian Surah
Pengertan Surah
Menurut Ibnu al-Manzur di dalam Lisan al-‘Arab, surah bermaksud kedudukan dan kata jamaknya
ialah Suwar. Manakala surah pada binaan ialah suatu yang baik dan tnggi. Justeru, al-Jawhariy
berpendapat, “Dinamakan surah di dalam al-Qur’an kerana ia adalah satu kedudukan selepas
satu kedudukan, yang terputus daripada yang lain.” Surah daripada segi istlah pula ialah,
“Sekumpulan yang berasingan daripada ayat-ayat al-Qur’an yang mempunyai permulaan dan
penutup.”
Penetapan Surah
Sesuatu surah di dalam al-Qur’an sama ada permulaannya atau penutupnya ditentukan melalui
wahyu daripada Allah s.w.t. (tauqif), bukannya melalui ijthad seorang manusia. Para sahabat r.a
mengetahui sesuatu surah yang baru dengan bacaan basmalah oleh Nabi
s.a.w atau dengan pernyataan daripada Nabi s.a.w mengenainya. Demikian juga penentuan
namanya sepert al-Baqarah, al-Nisa’ dan lain-lain, bahkan penyusunannya ditentukan melalui
wahyu.
Al-Zarkasyi berkata, “Ketahuilah bahawa bilangan surah al-Qur’an al-‘Azim ialah sebanyak
114 surah sebagaimana yang terdapat di dalam Mushaf ‘Uthmani. Ia dimulai dengan al-
Fathah dan disudahi dengan al-Nas.”
Gelaran Surah di dalam al-Qur’an
Ulama' mengkategorikan surah-surah daripada segi panjang atau pendeknya kepada empat
bahagian:
a. Al-Sab‘u al-Tuwwal Tujuh surah yang panjang iaitu, al-Baqarah, Ali
‘Imran, al-Nisa’, al-Ma’idah, al-An‘am, al-‘Araf dan Yunus.
b. Al-Mi’un Surah yang menyusul selepas tujuh surah di atas sehingga surah al-
Syu’ara’. Dinamakan dengan al-Mi’un kerana setap surah mengandungi seratus ayat
atau lebih.
c. Al-Mathani Surah yang jumlah ayatnya kurang daripada seratus ayat, iaitu
surah yang menyusuli selepas surah al-Mi’un sehingga surah Qaf atau al-Hujurat.
Dinamakan dengan sedemikian kerana ia sentasa dibaca berulang-ulang dan lebih
pantas dibaca daripada al-Sab‘u al-Tuwal dan al-Mi’un.
59
SISIPAN B (PART 2).indd 59 01/10/2020 2:34 PM