Page 670 - Mushaf Madani
P. 670
Mukjizat: Iaitu yang melemahkan. Ia membawa maksud bahawa al-Qur’an yang mengandungi
Kalamullah itu berada pada kedudukan yang tdak dapat dicapai oleh kemampuan makhluk
dan makhluk pula bersifat lemah untuk menandinginya. Dengan sifat ini, maka terkeluarlah
Kalamullah yang tdak bersifat mu‘jiz sepert hadis-hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh
Rasulullah s.a.w daripada Allah s.w.t.
Yang diturunkan: Ini bertujuan untuk mengecualikan Kalamullah yang tdak diturunkan oleh
Allah s.w.t sebagaimana frman-Nya:
Maksudnya:
“Katakanlah, seandainya semua jenis lautan menjadi dakwat untuk menulis Kalimah-
Kalimah Tuhanku, sudah past akan habis air lautan itu sebelum selesainya Kalimah-
Kalimah Tuhanku (ditulis), walaupun Kami (Allah) tambahkan lagi dengan lautan yang
sebanding dengannya.” (Surah al-Kahf: 109)
Yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w: Ini adalah untuk mengecualikan kitab-kitab
yang diturunkan kepada nabi-nabi yang terdahulu sepert Taurat, Injil, Zabur dan lain-lain
mengikut bahasa kaum masing-masing.
Allah s.w.t. berfrman:
Maksudnya:
“Dan Kami tdak mengutus seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya, iaitu
supaya dia menjelaskan (hukum-hakam) Allah kepada mereka.” (Surah Ibrahim: 4)
Yang termaktub di dalam mushaf: Pernyataan ini bertujuan mengeluarkan ayat-ayat yang
telah dimansukhkan bacaan dan tulisannya di dalam mushaf walaupun hukumnya tetap kekal
dan dilaksanakan.
Yang disampaikan kepada umat Islam dengan riwayat yang mutawatr: Ia bertujuan
mengecualikan bacaan-bacaan yang syaz (ganjil) yang diriwayatkan melalui satu jalan atau
sanad.
Menjadi ibadah dengan membacanya: Pernyataan ini menjadikan bacaan selain daripada al-
Qur’an sepert hadis-hadis Nabi s.a.w. dan hadis-hadis Qudsi tdak boleh dibaca di dalam solat
walaupun hakikatnya hadis-hadis tersebut juga merupakan wahyu daripada Allah s.w.t.
56
SISIPAN B (PART 2).indd 56 01/10/2020 2:34 PM