Page 674 - Mushaf Madani
P. 674

d.  Al-Mufassal            Surah yang menyusul al-Mathani dalam bentuk surah-surah
                                 pendek. Kategori ini bermula daripada Surah al-Hujurat atau Surah Qaf sehingga ke
                                 Surah  al-Nas  sebagaimana  yang  dipersetujui  oleh  kebanyakan  ulama’  berdasarkan
                                 hadis yang diriwayatkan daripada Huzaifah al-Thaqaf. Dinamakan sebagai al-Mufassal
                                 kerana surah-surah itu pendek dan dipisahkan antara satu sama lain dengan basmalah.
                                 Ada sebilangan ulama’ berpendapat bahawa penamaan itu adalah kerana kurangnya
                                 ayat atau hukum yang dimansuhkan di dalam surah tersebut.
                                 Kategori ini pula dipecahkan kepada tga jenis iaitu:

                                 a.  Tuwwal: Bermula daripada surah Qaf atau al-Hujurat hingga surah al-Buruj.
                                 b.  Awsath: Bermula daripada surah al-Tariq hingga surah al-Bayyinah.
                                 c.  Qusar: Bermula daripada surah al-Zalzalah hingga surah al-Nas.





                                                               Pembahagian Juzuk


                            Al-Qur’an  yang  mengandungi  114  surah  itu  dibahagikan  juga  kepada  30  juzuk.  Semenjak
                            zaman sahabat r.a. sudah terdapat pembahagian al-Qur’an kepada 1/2, 1/3, 1/5, 1/7, 1/9 dan
                            sebagainya. Pembahagian ini lebih merupakan satu metode hafalan dan amalan harian atau
                            penentuan kadar bacaan dalam solat. Pada peringkat awal, pembahagian ini tdak ditulis di
                            dalam mushaf al-Qur’an. Dikatakan bahawa pembahagian seumpama ini mula diletakkan di
                            dalam mushaf a-Qur’an atas arahan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqaf di bahagian tepi halaman
                            mushaf  al-Qur’an,  di  samping  terdapat  beberapa  penambahan  istlah-istlah  baru  yang
                            berkaitan dengan tanda-tanda bacaan.



                              Al-Qur’an dibahagikan kepada 30 juzuk itu dipecahkan pula kepada 60 hizb. Sebagaimana
                            yang terdapat dalam mushaf al-Qur’an hari ini, tanda hizb diletakkan di bahagian tepi halaman
                            mushaf bagi menandakan hizb pertama, kedua dan seterusnya. Setap satu hizb dibahagikan
                            kepada empat iaitu, 1/4 (rubu‘ hizb), 1/2 (nisfu hizb), 3/4 (thalathah ‘arba’ hizb) dan hizb.










                                      1/4                    1/2                   3/4 (Thalathah
                                      (Rubu‘ Hizb)           (Nisfu Hizb)          ‘Arba’ Hizb)            (Hizb)



                              Di dalam sesetengah mushaf, setap surah dibahagikan pula kepada beberapa ruku‘ yang
                            ditandai dengan huruf ‘ain. Tanda itu diletakkan di bahagian tepi halaman mushaf. Terdapat
                            sebanyak 556 ruku‘ di dalam al-Qur’an. Surah yang panjang terdiri daripada beberapa ruku‘
                            sedangkan surah yang pendek terdiri daripada satu ruku‘ sahaja sepert Surah al-Nas, al-Ikhlas,
                            Quraisy dan lain-lain lagi. Tanda itu diletakkan bertujuan memudahkan orang yang membaca
                            al-Qur’an  ketka  solat  sebagai  panduan  waqaf  bagi  melakukan  ruku‘.  Ini  kerana  tanda  itu
                            menunjukkan lengkapnya satu episod kisah atau pelajaran.








                                                                        60







       SISIPAN B (PART 2).indd   60                                                                                              01/10/2020   2:34 PM
   669   670   671   672   673   674   675   676   677   678   679