Page 672 - Mushaf Madani
P. 672
Sifr.’ Nama ini juga tdak disukai oleh Abu Bakar kerana ia sama dengan nama kitab
orang Yahudi. Kemudian Abdullah bin Mas‘ud berkata, ‘Saya pernah melihat buku di
Habsyah dan mereka menamakannya dengan mushaf ’.”
2. Manakala riwayat daripada Ibnu Asytah yang diambil daripada Musa bin 'Uqbah daripada
Ibnu Syihab menyatakan, “Tatkala Abu Bakar selesai mengumpulkan al-Qur’an, maka
para sahabat pun menuliskannya dalam lembaran-lembaran kertas. Kemudian Abu
Bakar berkata, ‘Kamu carilah untuknya satu nama.’ Sebahagian para sahabat berkata,
‘Kita berikan namanya Sifr.’ Sebahagian sahabat yang lain pula berkata, ‘Kita namakan
mushaf kerana di Habsyah ada buku yang diberi nama mushaf. Lalu Abu Bakar adalah
orang yang mula-mula sekali menamakannya dengan Mushaf ’.”
Pendapat Kedua
Menurut pendapat kebanyakan ilmuwan masa kini, pemberian nama mushaf ini bermula sejak
zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi, atau dengan kata lain, baginda sendiri yang memberikan
nama itu.
Hujah mereka berdasarkan kepada beberapa hadis iaitu:
1. Hadis daripada Abu Hurairah r.a yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya antara yang akan diperoleh orang yang
beriman daripada amal dan kebajikannya selepas matnya ialah ilmu yang diajarkan
dan disebarkannya, anak yang soleh yang ditnggalkannya, mushaf yang diwariskannya
atau masjid yang dibinanya atau rumah untuk musafr yang dibinanya atau sungai yang
dialirkannya, atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketka sihat dan hayatnya
yang (pahalanya) akan mengikutnya selepas mat.” (Riwayat Ibnu Majah)
2. Hadis daripada 'Ubaidullah bin Aus al-Thaqaf yang diriwayatkan oleh al-Tabrani
sebagaimana yang disebutkan oleh al-Zarkasyi di dalam kitabnya, al-Burhan yang
bermaksud:
Rasulullah s.a.w bersabda, “Bacaan (al-Qur’an) seseorang itu tanpa (melihat) pada
mushaf adalah berlipat ganda darjatnya sehingga dua ribu darjat.”
Setelah menelit kepada kekuatan dalil kedua-dua pendapat di atas, daripada sudut
kesahihannya, maka athar yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud oleh al-Muzfri
dan Ibnu Asytah tdak dapat dijadikan dalil walaupun sekiranya kedua-dua athar itu sahih,
sedangkan pada masa yang sama hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan al-Tabrani juga
adalah hadis yang sahih. Maka yang lebih utama untuk kita bersandar di sini ialah hadis yang
sahih sebagai dalil walaupun athar atau qaul al-sahabah (kata-kata sahabat) itu juga sahih.
58
SISIPAN B (PART 2).indd 58 01/10/2020 2:34 PM