Page 699 - Mushaf Madani
P. 699

Sebagai tambahan maklumat, berikut adalah tga perkataan yang kerap digunakan dalam
                            ilmu qiraat dan pengertan setap perkataan tersebut:
                               a.  Qiraat : Suatu ilmu yang membincangkan tentang cara bacaan pada kalimah-kalimah
                                   tertentu.
                               b.  Riwayat: Sesuatu yang disandarkan kepada perawi yang mengambil qiraat daripada
                                   imam qiraat tertentu.
                               c.  Tariq : Sesuatu yang disandarkan kepada seorang yang mengambilnya daripada perawi.
                                 Contohnya disebut: Riwayat Hafs daripada qiraat 'Asim (Hafs 'an 'Asim) daripada tariq Al-
                               Syatbiyyah.


                               Setelah memahami perbezaan antara ketga-tga perkataan tersebut, maka diketahui bahawa
                            qiraat yang masyhur adalah sebanyak 10 qiraat dan riwayat yang masyhur pula sebanyak 20
                            riwayat.




                                                    Perkembangan Qiraat di seluruh dunia Islam


                            Qiraat yang paling banyak diikut oleh umat Islam di seluruh dunia ialah Qiraat 'Asim yang
                            diriwayatkan oleh Hafs melalui toriq (aliran) Al-Syatbiyyah (95%).


                               Qiraat Naf’ bin 'Abd Rahman melalui riwayat Qalun digunapakai di Libya dan sebahagian
                            di  Tunisia  (0.7%).  Manakala  melalui  riwayat  Warsh,  banyak  digunapakai  di  Jazair  (Algeria),
                            Maghribi, sebahagian di Tunisia dan sebahagian di Sudan (3%).


                               Qiraat Abu ‘Amru al-Basri pula digunapakai di sebahagian kecil wilayah di Sudan (0.3%).
                            Manakala, qiraat Ibnu ‘Amir al-Dimasyqi digunapakai di Yaman (1%).


                               Syarat diterima sebagai qiraat yang sahih/rukun qiraat adalah:
                               a.  Qiraat itu tdak bercanggah dengan Bahasa Arab.
                               b.  Qiraat itu tdak bercanggah dengan Rasm Uthmani.
                               c.  Sanad qiraat itu mestlah bersambung dan mutawatr iaitu rawi yang meriwayatkan
                                   qiraat tersebut merupakan satu kumpulan yang ramai di mana mustahil mereka itu
                                   berpakat dalam melakukan penipuan.






























                                                                        85







       SISIPAN B (PART 3).indd   85                                                                                              14/09/2020   9:06 AM
   694   695   696   697   698   699   700   701   702   703   704