Page 695 - Mushaf Madani
P. 695

Allah s.w.t berfrman,




                              Maksudnya:
                              “Ataupun lebihkan sedikit daripadanya, dan bacalah al-Qur'an dengan 'tartl' (perlahan-
                              lahan).” (Surah al-Muzammil: 4)


                            Firman-Nya juga,




                              Maksudnya:
                              “Dan  al-Qur’an  itu  Kami  bahagi-bahagikan  supaya  engkau  membacakannya  kepada
                              manusia dengan perlahan-lahan  dan Kami menurunkannya beransur-ansur.”
                              (Surah al-Isra': 106)



                                                               KELEBIHAN TILAWAH
                                                              AL-QUR’AN AL-KARIM



                            Keutamaan dan kelebihan tlawah atau membaca al-Qur’an banyak dinyatakan di dalam al-
                            Qur’an dan hadis Rasulullah s.a.w. Antaranya, frman Allah s.w.t.








                              Maksudnya:
                              “Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta
                              menafahkan  sebahagian  daripada  apa  yang  Kami  telah  kurniakan  kepada  mereka,
                              secara  bersembunyi  atau  secara  terbuka,  mereka  (dengan  amalan  yang  demikian)
                              mengharapkan sejenis perniagaan yang tdak akan mengalami kerugian.”
                              (Surah Fatr: 29)


                              Allah s.w.t. menggalakkan hamba-Nya beriltzam dengan tlawah al-Qur’an dan menjelaskan
                            bahawa ia adalah sejenis perniagaan yang tdak akan mengalami kerugian sama sekali. Ini
                            kerana perniagaan tersebut berlangsung dengan Allah s.w.t Yang Maha Kaya serta pemilik
                            segala perbendaharaan langit dan bumi. Allah s.w.t tdak akan memungkiri janji-Nya. Antara
                            hadis yang menyatakan kelebihan membaca al-Qur'an adalah hadis yang diriwayatkan oleh
                            al-Bukhari dan Muslim,








                              Maksudnya:
                              “Tiada  boleh  berhasad  melainkan  terhadap  dua  perkara  iaitu,  seorang  lelaki  yang
                              dikurniakan oleh Allah s.w.t kitab suci ini (al-Qur’an), dan dibacanya siang dan malam,
                              dan seorang lelaki yang dianugerahi Allah s.w.t harta kekayaan, lalu dia bersedekah
                              dengan harta itu siang dan malam.”





                                                                        81







       SISIPAN B (PART 3).indd   81                                                                                              14/09/2020   9:06 AM
   690   691   692   693   694   695   696   697   698   699   700