Page 696 - Mushaf Madani
P. 696
Manakala dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim juga,
Rasulullah s.a.w menyatakan tentang martabat dan keutamaan seseorang yang membaca al-
Qur’an, sabda baginda s.a.w:
Maksudnya:
“Perumpamaan seorang mukmin yang membaca al-Qur’an adalah sepert utrujah (sejenis
limau), baunya harum dan rasanya lazat. Seorang mukmin yang tdak membaca al-Qur’an
umpama tamar, rasanya enak tapi tdak berbau harum. Seorang fasik yang membaca al-
Qur’an ibarat raihanah, baunya harum, tetapi pahit rasanya, dan seorang fasik yang tdak
membaca al-Qur’an, bagaikan hanzalah, rasanya pahit dan tdak berbau."
Justeru, Rasulullah s.a.w. amat mengambil berat dan bersungguh-sungguh untuk
memperelokkan bacaan ketka baginda menerimanya daripada Jibril a.s. Kemudian Rasulullah
s.a.w mengajar pula para sahabatnya sebagaimana baginda menerimanya daripada Jibril a.s.
Para sahabat juga membacakan al-Qur'an di hadapan Rasulullah s.a.w dengan cara dan sifat
yang sama.
Rasulullah s.a.w juga telah menentukan sebilangan para sahabat yang berkelayakan dan
berkeahlian dalam pembacaan al-Qur’an sepert Ubai bin Ka'ab, Abdullah bin Mas‘ud, Zayd
bin Thabit, Abu Musa al-Asy'ariy, 'Uthman bin 'Afan, 'Ali bin Abi Talib, Abu al-Darda', Muaz
bin Jabal r.a dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w amat menitkberatkan
pembelajaran dan ketepatan bacaan al-Qur’an serta perlunya diambil daripada orang yang
berkelayakan.
Setelah Rasulullah s.a.w wafat, tugas pengajaran al-Qur’an dengan ciri tersebut diteruskan
oleh para sahabat baginda iaitu dengan mengajarkannya kepada tabi’in, di samping mewariskan
al-Qur’an dalam bentuk tulisan agar al-Qur’an tdak luput dari dada umat Islam. Walaupun
al-Qur’an telah disusun dalam mushaf pada zaman Sayidina ‘Uthman r.a, para sahabat tdak
mengabaikan sunnah penyampaian al-Qur’an yang mest diwarisi terus dari mulut ke mulut.
Maka dari situ, berkembanglah penyampaian al-Qur’an dari generasi ke generasi sehinggalah
hari ini.
Semua perkara tersebut menunjukkan kepada kita wujudnya ciri yang tersendiri dan khusus
bagi pembacaan al-Qur’an yang tdak boleh dipandang remeh. Ciri dan cara yang tersendiri
inilah akhirnya dinamakan ilmu qiraat dan juga ilmu tajwid. Kedua-dua ilmu ini kemudiannya
berkembang seiring dengan cara tlawah daripada sebutan guru secara berhadapan dengannya
atau apa yang disebut sebagai penyampaian secara talaqqi dan musyafahah.
82
SISIPAN B (PART 3).indd 82 14/09/2020 9:06 AM