Page 697 - Mushaf Madani
P. 697

PENGENALAN DAN SEJARAH RINGKAS
                                                PERKEMBANGAN AWAL ILMU QIRAAT DAN TAJWID



                                 A. Ilmu Qira'at


                            Ibnu  al-Jazari  mendefnisikan  ilmu  Qiraat  sebagai  ilmu  yang  membahaskan  cara  sebutan
                            kalimah-kalimah al-Qur’an dan perbezaannya dengan disandarkan kepada pembawanya. Tash
                            Kubra Zadah pula mendefnisikannya sebagai ilmu yang membahaskan di dalamnya mengenai
                            bentuk-bentuk susunan kalam Allah s.w.t daripada segi bentuk-bentuk percanggahannya yang
                            mutawatr.


                              Maka, difahami di sini bahawa pembelajaran ilmu Qiraat adalah bertujuan mengajar lidah
                            menyebut kalam Allah s.w.t mengikut cara yang sahih. Ia juga bertujuan memelihara lidah
                            daripada melakukan kesilapan ketka menyebut kalimah-kalimah al-Qur’an dan memelihara
                            Kitab  Allah  s.w.t  daripada  berlakunya  penyelewengan  terhadapnya  atau  pertukaran  atau
                            pengubahan pada bentuk rasm atau penulisan khat atau sebutan lafaz. Selain itu, qiraat juga
                            menjadi  dalil  dan  hujah  kepada  fuqaha’  dalam  menetapkan  hukum-hukum  syarak  untuk
                            dijadikan panduan kepada umat Islam.


                              Dikatakan  bahawa  orang  pertama  yang  mengumpulkan  ilmu  ini  di  dalam  sebuah  kitab
                            ialah al-Imam Abu ‘Ubaid al-Qasim bin Salam pada kurun ke-3 Hijrah. Beliau mengarang kitab
                            al-Qiraat. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa orang pertama yang menyusun dan
                            mengumpulkan ilmu qiraat ialah Hafs bin Umar al-Dawri. Pada kurun ke-4 Hijrah, penyusun ilmu
                            qiraat tujuh yang paling masyhur ialah Abu Bakar bin Mujahid al-Baghdadiy yang meninggal
                            dunia pada tahun 324 H. Pada kurun ke-5 pula, al-Hafz al-Imam Abu ‘ Amru ‘Uthman bin Sa‘id
                            al-Daniy yang mengarang kitab al-Taysir f al-Qiraat al-Sab‘i yang akhirnya menjadi tonggak
                            rujukan bagi para qari’. Selain itu, beliau juga menghasilkan beberapa karya dalam bidang ini
                            dan lain-lain. Selain itu, antara yang tersohor dalam bidang ini juga ialah al-Imam Makki bin Abi
                            Talib al-Qaisi al-Qairawani yang telah mengarang sebilangan besar kitab dalam bidang qiraat
                            dan Ulum al-Qur’an.


                              Secara amnya, terdapat 10 qiraat yang masyhur yang diterima secara sah daripada Rasulullah
                            s.a.w. Dalam pembacaan al-Qur’an, mahu tdak mahu seseorang itu mest memilih salah satu
                            daripada 10 qiraat itu. Bagi setap qiraat itu terdapat cara bacaan yang khusus yang diambil
                            daripada imam qiraat. Umat Islam bersepakat menerima qiraat daripada 10 orang imam dan
                            setap imam tersebut mempunyai sekurang-kurang dua orang perawi (periwayat) yang paling
                            tersohor.



                                       BIODATA RINGKAS 10 ORANG IMAM QIRAAT YANG TERMASYHUR




                               1. AL-IMAM NAFI’
                               Namanya  ialah  Abu  Nuaim  Naf‘  bin  Abdul  Rahman  bin  Abi  Nu‘aim  al-Laithi.  Beliau
                               berasal dari Asfahan dan menetap di Madinah sehingga meninggal dunia pada tahun
                               169 Hijrah. Antara yang meriwayatkan daripadanya ialah Qalun dan Warsh.








                                                                        83







       SISIPAN B (PART 3).indd   83                                                                                              14/09/2020   9:06 AM
   692   693   694   695   696   697   698   699   700   701   702