Page 694 - Mushaf Madani
P. 694

QIRAAT MUTAWATIRAH






                                                                  PENGENALAN


                            Al-Qur’an  al-Karim  adalah  Kitab  Allah  s.w.t  yang  mengandungi  kebaikan  yang  syumul
                            (menyeluruh) dan minhaj yang benar bagi kehidupan setap insan. Al-Qur’an al-Karim  juga
                            mempunyai kelebihan yang sangat besar dan agung. Al-Qur’an adalah kitab ‘hidayah’ dan ‘nur
                            yang terang benderang’ yang dengannya ummah ini dikeluarkan daripada kesesatan jahiliah
                            kepada cahaya petunjuk.


                              Al-Qur’an merupakan kitab terakhir yang diturunkan kepada penutup segala nabi dan rasul,
                            Muhammad  s.a.w.  Ia  merupakan  cahaya  yang  terang  yang  tada  tandingannya,  bukt  yang
                            jelas yang meninggikan taraf diri manusia dan menerangkan hat. Sesiapa yang berpegang
                            teguh dengannya, maka dia telah menempuh jalan yang benar. Sesiapa yang menyeleweng
                            daripadanya, maka dia past kecewa, rugi dan jauh daripada kebenaran.


                            Allah s.w.t berfrman,








                              Maksudnya:

                              “Alif,  Lam,  Ra'.  Ini  ialah  Kitab  (al-Qur’an)  yang  Kami  turunkan  kepadamu  (Wahai
                              Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya daripada gelap-
                              gelita kekufuran kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang
                              Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” (Surah Ibrahim: 1)


                            Firman-Nya juga:






                              Maksudnya:

                              “Dan Kami turunkan kepadamu kitab al-Qur’an yang menjelaskan tap-tap sesuatu dan
                              menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan
                              bagi orang Islam.” (Surah al-Nahl: 89)


                              Oleh itu, Allah s.w.t menyeru para hamba-Nya supaya membaca kitab-Nya itu dengan cara
                            yang tepat, bertafakur serta mentadabbur pengertan dan kalimat yang terkandung di dalamnya.
                            Dia menjanjikan para pembaca al-Qur'an dengan balasan pahala yang besar. Setap huruf yang
                            dibaca daripada al-Qur’an akan dikurniakan 10 kebaikan. Itu semua bagi mencapai maksud
                            yang sebenar penurunan kitab suci ini iaitu merealisasi segala prinsip am dan melaksanakan
                            hukum-hakamnya.





                                                                        80







       SISIPAN B (PART 3).indd   80                                                                                              14/09/2020   9:06 AM
   689   690   691   692   693   694   695   696   697   698   699