Page 675 - Mushaf Madani
P. 675
PENGUMPULAN DAN PENYALINAN AL-QUR’AN
Allah s.w.t. telah menjamin akan menjaga kesucian dan kemurniaan al-Qur’an, iaitu melalui
frman-Nya:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Qur’an dan Kami-lah yang memeliharanya.”
(Surah al-Hijr: 9)
Justeru, al-Qur’an past terselamat daripada sebarang usaha pemalsuan, penambahan atau
pengurangan. Ini jelas apabila kajian sejarah membuktkan bahawa proses pengumpulan dan
penulisan al-Qur’an yang menjamin kesucian dan kemurniaannya berlaku secara meyakinkan.
Terdapat tga peringkat pengumpulan al-Qur’an iaitu:
1 2 3
Zaman Zaman Khalifah Zaman Khalifah
Rasulullah s.a.w. Abu Bakar al-Siddiq ‘Uthman bin ‘Afan r.a.
r.a.
1. Pengumpulan Pertama: Zaman Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. adalah insan pertama yang mengumpulkan al-Qur’an. Pengumpulan al-Qur’an
pada zaman Rasulullah s.a.w. melalui dua cara:
• Pengumpulan dalam dada berupa penghafalan dan penghayatan.
• Pengumpulan dalam bentuk tulisan pada bahan-bahan tertentu.
Pengumpulan dalam dada
Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi s.a.w. yang ummiy (tdak tahu membaca dan menulis).
Justeru, perhatan baginda ditumpukan sekadar menghafal dan menghayatnya, supaya baginda
dapat menguasai al-Qur’an tepat sebagaimana yang disampaikan oleh Jibril a.s. Setelah itu,
baginda membacakannya kepada para sahabat dengan terang dan jelas agar mereka juga dapat
menghafal dan menghayatnya. Para sahabat sentasa berlumba-lumba untuk menghafal dan
menjaga hafalan mereka supaya tdak hilang daripada dada-dada mereka. Justeru, al-Qur’an
pada zaman itu turut terpelihara dan terkumpul dalam dada-dada para sahabat r.a.
61
SISIPAN B (PART 2).indd 61 01/10/2020 2:34 PM