Page 692 - Mushaf Madani
P. 692

NASIKH DAN MANSUKH



                           Nasakh  adalah  mengangkat  atau  menggantkan  hukum  syarak  dengan  dalil  syarak  yang
                           baru, iaitu yang datang selepasnya. Ini berert hukum yang baru datang menghilangkan dan
                           menggantkan hukum yang lama (hukum sebelumnya).


                              Contoh nasakh yang paling masyhur adalah memansuhkan hukum halal bagi arak dengan
                           hukum  haram  ketka  hendak  mendirikan  solat,  kemudian  hukum  itu  dinasakhkan  kembali
                           dengan pengharaman arak secara mutlak. Bidang ilmu ini berkait rapat dengan ilmu pentafsiran
                           dan penetapan fatwa. Nasakh terbahagi kepada empat:




                                                    1                                         2
                                    Nasakh al-Qur’an dengan al-Qur’an.         Nasakh sunnah dengan sunnah



                                                    3                                         4
                                     Nasakh sunnah dengan al-Qur’an           Nasakh al-Qur’an dengan sunnah





                                                         MUHKAM DAN MUTASYABIHAT



                           Berdasarkan bahasa dan istlah, muhkam dan mutasyabihat mempunyai pelbagai maksud,
                           namun dalam konteks Ulum al-Qur’an, ia bermaksud:


                                        MUHKAM                                    MUSTASYABIHAT
                               Ayat  al-Qur’an  yang  jelas       Ayat al-Qur’an yang mempunyai makna yang  tdak
                               maksudnya,     yang    tdak       jelas  dan  memerlukan  usaha  untuk  menghurai
                               meninggalkan        apa-apa        dan  menjelaskan  supaya  sampai  kepada  maksud
                                 ketdakjelasan padanya.                            sebenarnya.




                            Mutasyabihat terbahagi pula kepada tga jenis:


                               1.   Ayat yang tdak dapat difahami dan diketahui maknanya, sepert pengetahuan tentang
                                  Zat Allah s.w.t, hakikat sifat-sifat-Nya dan selainnya yang terdiri daripada hal-hal ghaib
                                  kecuali Allah s.w.t sahaja yang mengetahui.
                               2.   Ayat yang maknanya mungkin dapat diketahui melalui kajian dan perbahasan terlebih
                                  dahulu.

                               3.   Ayat yang tdak mungkin difahami kecuali bagi orang yang ahli dalam bidang tersebut,
                                  iaitu ulama' dan mujtahid sahaja.














                                                                        78







       SISIPAN B (PART 2).indd   78                                                                                              01/10/2020   2:34 PM
   687   688   689   690   691   692   693   694   695   696   697