Page 693 - Mushaf Madani
P. 693
I’JAZ AL-QURAN (MUKJIZAT AL-QUR’AN)
I’jaz al-Qur’an adalah ketdakmampuan manusia untuk mendatangkan atau mengadakan ayat
yang sepadan atau sepert al-Qur’an al-Karim. Ulama’ mengklasifkasikan bentuk mukjizat
sepert berikut:
1. I’jaz al-Lughawi – Kemampuan al-Qur’an menonjolkan gaya bahasanya yang sangat
indah dan susunan kisahnya yang tdak mampu ditandingi.
2. I’jaz al-Tasyri’i – Kemampuan al-Qur’an menjelaskan peraturan, undang-undang serta
adat yang menerusi ajaran syariat Islam.
3. I’jaz al-Ghaibi – Kemampuan al-Qur’an menyebutkan tentang perkara ghaib pada zaman
dahulu yang tdak diketahui oleh para ilmuan, hal-hal ghaib tentang kenabian dan banyak
lagi serta ia benar terjadi.
4. I’jaz al-‘Ilmi - Kemampuan al-Qur’an menerangkan dengan terperinci tentang rahsia
alam yang belum lagi terungkap kecuali di zaman moden.
5. I’jaz al-Tajaddudi - Kemampuan al-Qur’an untuk memberikan pemahaman baru yang
berkembang mengikut peredaran semasa.
KESIMPULAN
Bahasa al-Qur’an mengandungi uslub-uslub yang berbeza dengan bahasa lain, terutama bahasa
pinjaman atau selain Bahasa Arab, sepert ungkapan sumpah, amthal (perumpamaan) dan
lain-lain. Seseorang tdak akan dapat memahami uslub-uslub itu, jika dia tdak mempelajarinya.
Kajian terhadapnya merupakan sebahagian daripada pemahaman Ulum al-Qur’an. Seseorang
misalnya akan menemui kesulitan memahami ayat-ayat yang mengandungi sumpah tertentu
jika tdak dipelajari, demikian pula amthal. Kedua-dua hal ini termasuk dalam kajian Ulum
al-Qur’an, yang disebut dengan ilmu aqsam al-Qur’an dan ilmu amthal al-Qur’an. Dengan
demikian, jelaslah bahawa Ulum al-Qur’an adalah merupakan kunci memahami al-Qur’an.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa hubungan antara ilmu Ulum al-Qur’an dan tafsir al-
Qur’an sangat erat kaitannya. Ini kerana dengan kedua-duanya dapat memudahkan pentafsiran
dan penta'wilan ayat-ayat al-Qur'an, baik yang muhkam mahupun yang mutasyabih. Secara
kesimpulannya, bidang Ulum al-Qur’an ini terlalu luas dan pelbagai kajian mengenai al-Qur’an
telah dijalankan dan masih giat sehingga hari ini. Walau bagaimanapun yang dijelaskan dalam
bab ini hanya memilih beberapa topik tertentu sebagai pencerahan untuk memahami 40
perkara yang terdapat di dalam mushaf ini.
79
SISIPAN B (PART 3).indd 79 14/09/2020 9:06 AM