Page 676 - Mushaf Madani
P. 676
Pengumpulan dalam bentuk tulisan
Antara keistmewaan al-Qur’an ialah pengumpulannya dalam bentuk tulisan. Rasulullah s.a.w.
sangat memberi perhatan kepada penyalinan al-Qur’an. Baginda mempunyai beberapa
orang penulis wahyu. Setap kali wahyu diturunkan, baginda akan memerintahkan mereka
menulisnya. Penulis-penulis tersebut adalah para sahabat yang dipilih oleh Rasulullah s.a.w,
daripada kalangan yang terbaik dan cantk tulisannya agar tugas tersebut dapat dilaksanakan
dengan baik.
Para sahabat penulis wahyu:
• Abu Bakar Al-Siddiq r.a. • Khalid bin Sa‘id r.a.
• ‘Umar bin Al-Khatab r.a. • Thabit bin Qais r.a.
• ‘Uthman bin ‘Afan r.a. • Hanzalah bin al-Ruba‘I r.a.
• ‘Ali bin Abu Talib r.a. • Khalid bin Al-Walid r.a.
• Ubay bin Ka‘ab bin Qais r.a.
• Zaid bin Thabit r.a. • ‘Abdullah bin al-Arqam r.a.
• Zubayr bin al-‘Awwam r.a. • Al-‘Ala bin ‘Uthbah r.a.
• Mu‘awiyah bin Abi Sufyan r.a. • Al-Mughirah bin Syu‘bah r.a.
• Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a. • Syurahbil bin Hasanah r.a.
Ada pendapat mengatakan bahwa bilangan sebenar penulis-penulis wahyu ialah seramai 26
orang dan ada mengatakan, 42 orang. Namun, antara mereka ini, yang dianggap paling banyak
menulis wahyu ialah Zaid bin Thabit, Mu‘awiyah bin Abi Sufyan, ‘Abdullah bin Mas‘ud dan ‘Ali
bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhum.
Para penulis wahyu ini mendapat petunjuk secara terus daripada Rasulullah s.a.w. mengenai
cara penulisan dan panduan bagi meletakkan ayat-ayat dalam surah-surah tertentu. Imam al-
Zarkasyi menyatakan di dalam kitabnya al-Burhan, “Setap kali al-Qur’an diturunkan kepada
baginda, baginda menyuruh menuliskannya sambil berkata, ‘Kamu hendaklah letakkan ayat
ini di dalam surah ini…’.”
Pada peringkat ini, penulisan al-Qur’an tdaklah berert dilakukan oleh sekumpulan di atas
satu bahan, tetapi al-Qur’an ditulis pada pelbagai bahan. Terdapat ayat-ayat daripada satu
surah ditulis pada kayu atau kain, ada pula yang ditulis pada batu atau tulang atau sebagainya.
Kemudian ayat-ayat yang ditulis pada pelbagai bahan ini dikumpulkan untuk peringkat
selanjutnya.
Zaid bin Thabit r.a. berkata yang bermaksud, “Kami di sisi Rasulullah s.a.w menghimpunkan
al-Qur’an untuk menyusun ayat-ayatnya yang ditulis pada pelbagai benda.” (Riwayat al-Hakim)
62
SISIPAN B (PART 2).indd 62 01/10/2020 2:34 PM