Page 681 - Mushaf Madani
P. 681
3. Pengumpulan Ketga: Zaman Khalifah Uthman bin Afan r.a
Perbezaan bacaan faktor utama pengumpulan
al-Qur’an pada zaman Khalifah Uthman
Al-Qur’an mengalami proses pengumpulan untuk peringkat yang ketga pada zaman Sayidina
Uthman r.a. Perbezaan usaha antara zaman Sayidina Abu Bakar r.a dengan zaman Sayidina
Uthman r.a adalah arahan beliau sendiri yang pada ketka itu merupakan seorang Khalifah Islam
yang ketga, sedangkan pada zaman Abu Bakar r.a usaha ini merupakan tndakan susulan Abu
Bakar r.a, setelah didesak oleh Umar r.a tentang kepentngan usaha dikumpulkan al-Qur’an di
dalam satu mushaf.
Senario ramainya para penghafaz al-Qur’an yang gugur syahid di medan peperangan
merupakan faktor utama pengumpulan al-Qur’an pada zaman Abu Bakar r.a. Maka apa pula
penyebab utama yang membawa kepada usaha pengumpulan al-Qur’an pada zaman Sayidina
Uthman r.a? Sebab utama yang membawa kepada usaha pengumpulan al-Qur’an pada zaman
Sayidina Uthman r.a adalah kerana berlakunya pertelingkahan dan pepecahan antara umat
Islam mengenai cara membaca sebahagian ayat-ayat al-Qur’an dalam kalangan negeri-negeri
Islam yang luas pada ketka itu. Terutamanya antara mereka yang tdak tergolong dalam
generasi sahabat.
Ibnu al-Jazari menerangkan bahawa selepas berlalunya tempoh masa lebih kurang 30 tahun
selepas hijrah, kerajaan Islam telah dapat diperluaskan lagi pada zaman Sayidina Uthman r.a.
Bilangan negara-negara Islam telah pun bertambah, maka ramailah para penduduk negara
tersebut yang memeluk Islam. Sebagai seorang Islam mereka perlu membaca al-Qur’an,
mempelajari dan mengamalkannya.
Contohnya, sebagaimana yang pernah berlaku di Armenia dan Azerbaijan. Pada masa itu
berlaku satu perkara yang kurang menyenangkan hat para sahabat iaitu munculnya kekecohan
daripada perbuatan sesetengah pembaca al-Qur’an yang mendakwa bacaannya lebih baik dan
lebih sahih berbanding bacaan orang lain, manakala pihak yang lain pula mendakwa yang
sebaliknya.
Seorang sahabat yang bernama Huzaifah bin al-Yaman r.a yang turut terlibat membuka negeri
berkenaan telah menyaksikan peristwa ini, lalu merasa tdak senang hat kerana kekecohan
yang kecil boleh membawa kesan buruk yang amat besar iaitu pepecahan dalam kalangan umat
Islam. Oleh itu, beliau mengadukan hal ini kepada khalifah ketka itu, iaitu Sayidina Uthman r.a.
Huzaifah r.a meminta khalifah agar mengatasi segala kekecohan yang telah berlaku sebelum
ia menjadi lebih parah sehingga boleh mengakibatkan pertkaian dan pepecahan yang tdak
akan berkesudahan dan supaya umat Islam tdak mengulang pertkaian yang pernah berlaku
antara Yahudi dan Kristan.
67
SISIPAN B (PART 2).indd 67 01/10/2020 2:34 PM