Page 677 - Mushaf Madani
P. 677

Ayat-ayat al-Qur’an yang tercatat di atas ketulan-ketulan batu, pelepah tamar, tulang-tulang
                            unta dan biri-biri yang telah kering dan kepingan-kepingan kayu disimpan di dalam rumah
                            Rasulullah s.a.w sendiri. Terdapat juga sebahagian para sahabat mengambil inisiatf sendiri
                            dengan  menuliskan  ayat  al-Qur’an  untuk  mereka  sendiri  tanpa  diarahkan  oleh  Nabi  s.a.w.
                            Mereka menuliskannya pada pelepah tamar, kertas, kepingan kulit kayu, tulang dan lain-lain.



                              Menyedari  akan  hal  itu,  Rasulullah  s.a.w  menegah  para  sahabatnya  daripada  menyalin
                            perkara  selain  daripda  al-Qur’an  termasuklah  hadis  baginda.  Arahan  ini  bertujuan  untuk
                            menjamin kemurniaan dan kesahihan ayat-ayat al-Qur’an daripada bercampur dengan sesuatu
                            yang lain daripadanya. Maka dengan itu, al-Qur’an terus terpelihara kemurniaannya sejak dari
                            awal lagi.



                              Sebagaimana Rasulullah s.a.w menghafal al-Qur’an dan membacakannya di hadapan Jibril
                            a.s, maka para sahabat pula membacakan ayat-ayat yang telah dihafal dan tulisan yang ada
                            pada mereka di hadapan Rasulullah s.a.w. Sepert yang telah dinyatakan bahawa ayat-ayat
                            yang telah ditulis itu berada dalam keadaan yang terpisah antara satu sama lain. Justeru itu,
                            terdapat ayat-ayat tertentu ada pada seseorang sahabat, tdak terdapat pada sahabat yang
                            lain.



                              Pada  zaman  tersebut,  al-Qur’an  masih  lagi  diturunkan,  maka  penyalinan  di  atas  bahan-
                            bahan  tertentu  sepert  pelepah  tamar,  batu,  dan  tulang-tulang  mungkin  boleh  dianggap
                            sebagai penyalinan sementara sehingga al-Qur’an selesai diturunkan.


                              Mengikut pandangan sebahagian ulama’, beberapa orang sahabat pada zaman Nabi s.a.w
                            telah ada yang menghimpunkan kesemua ayat-ayat al-Qur’an dalam satu himpunan. Mereka
                            termasuklah ‘Ali bin Abu Talib, Mu‘az bin Jabal, Ubay bin Ka‘ab, Zaid bin Thabit dan Abdullah
                            bin Mas‘ud r.a.



                              Kesimpulannya,  pengumpulan  al-Qur’an  pada  zaman  Rasulullah  s.a.w  secara  penulisan
                            telah pun wujud secara tersusun, tetapi pada masa itu al-Qur’an masih lagi belum dikumpulkan
                            dalam satu mushaf. Ini adalah berdasarkan kepada keadaan ketka waktu itu yang mana wahyu
                            masih lagi diturunkan bahkan terdapat ayat-ayat al-Qur’an yang akan dimansuhkan.


                                                    Faktor al-Qur’an tdak dikumpulkan dalam
                                                       satu mushaf pada zaman Nabi s.a.w

                            Ketka  Rasulullah  s.a.w  wafat,  al-Qur'an  kukuh  terpelihara  dalam  dada-dada  para  sahabat
                            r.a. Namun dari sudut penulisannya, al-Qur’an masih lagi berada dalam keadaan lembaran-
                            lembaran yang terpisah antara satu sama lain, ia belum lagi dikumpulkan dalam satu buku atau
                            mushaf yang lengkap berserta ayat-ayat dan surah-surahnya yang tersusun. Oleh itu, sudah
                            tentu keadaan ini berlaku kerana ada hikmah-hikmahnya yang tersendiri memandangkan al-
                            Qur'an merupakan kalam yang diturunkan oleh Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha
                            Bijaksana.







                                                                        63







       SISIPAN B (PART 2).indd   63                                                                                              01/10/2020   2:34 PM
   672   673   674   675   676   677   678   679   680   681   682