Page 678 - Mushaf Madani
P. 678

Dalam masalah ini, ulama’ cuba membahaskan faktor al-Qur’an tdak dikumpulkan dalam
                            satu mushaf pada zaman Nabi s.a.w, antaranya adalah:

                                   Kaedah penurunan al-Qur’an adalah secara beransur-ansur dan tdak sekali gus. Oleh
                                  itu, adalah mustahil untuk membukukan al-Qur’an dalam masa tersebut sebelum selesai
                                  keseluruhan penurunannya.
                                   Terdapat sebahagian ayat yang diturunkan lebih awal telah dimansuhkan apabila turunnya
                                  ayat  terkemudian  yang  menasakhkannya.  Oleh  itu,  mustahil  untuk  membukukannya
                                  pada waktu tersebut kerana ini boleh menyebabkan berlakunya banyak pindaan dan
                                  pembatalan terhadap penulisan tersebut.

                                   Susunan ayat dan surah di dalam al-Qur’an adalah tdak berdasarkan urutan waktu ia
                                  diturunkan.  Sebahagian  ayat  ada  yang  diturunkan  pada  saat  terakhir  wahyu  namun
                                  urutannya ditempatkan pada surah-surah yang terawal. Oleh itu, adalah mustahil untuk
                                  membukukannya dalam tempoh penurunan al-Qur’an kerana ia juga boleh menyebabkan
                                  berlakunya banyak pindaan dan perunahan pada susunan penulisannya.
                                   Tempoh turunnya wahyu terakhir (iaitu ayat 281 daripada Surah al-Baqarah mengikut
                                  pendapat Ibnu ‘Abbas) dengan kewafatan Rasulullah s.a.w adalah terlalu singkat. Ibnu
                                  Juraij meriwayatkan dalam Tafsir al-Tabari bahawa Nabi s.a.w wafat ketka malam yang
                                  ke-19 selepas turunnya ayat ini, baginda jatuh sakit pada hari Sabtu dan wafat pada hari
                                  Isnin. Oleh itu dalam masa yang sangat singkat adalah mustahil dan tdak mungkin untuk
                                  al-Qur’an disusun dan dibukukan dengan segera.
                                   Ketadaan faktor-faktor yang mendorong untuk mengumpulkan al-Qur’an menjadi satu
                                  mushaf sebagaimana yang berlaku pada zaman Abu Bakar al-Siddiq r.a. Ini kerana ketka
                                  hayat Rasulullah s.a.w, terdapat ramai sahabat yang menghafal al-Qur’an sebaik sahaja
                                  ia  diturunkan,  sehingga  tdak  wujud  sebarang  kepentngan  yang  mendesak  kepada
                                  keperluan untuk menulisnya. Hal ini berbeza selepas kewafatan Rasulullah s.a.w kerana
                                  kemunculan banyak ftnah sepert peperangan yang menyebabkan ramai penghafal al-
                                  Qur’an yang gugur syahid sehingga mendorong Abu Bakar r.a melaksanakan rancangan
                                  pengumpulan  al-Qur'an  dalam  satu  mushaf  kerana  khuatr  ia  akan  lenyap  dengan
                                  ketadaan para penghafalnya.



                              Kesimpulannya, sekiranya al-Qur’an dibukukan dalam satu mushaf pada zaman Nabi s.a.w
                            iaitu  ketka  wahyu  masih  lagi  dalam  tempoh  penurunannya,  sudah  tentu  al-Qur’an  akan
                            mengalami  banyak  perubahan  dan  pindaan  yang  selaras  dengan  terjadinya  nasakh  serta
                            penyusunan ayat yang belum selesai di samping kelengkapan menulis yang sangat terbatas.



                              Situasi  sebegini  tdak  memungkinkan  untuk  berpegang  kepada  satu-satu  mushaf  yang
                            terdahulu kerana ia masih tdak lengkap dan berkemungkinan menerima perubahan. Oleh itu,
                            selepas segalanya telah stabil iaitu selepas berakhirnya penurunan al-Qur’an serta wafatnya
                            Rasulullah  s.a.w, maka tada lagi  perkara yang dikhuatri akan menjejaskan pembukuan  al-
                            Qur’an. Inilah yang diilhamkan oleh Allah s.w.t kepada Khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat
                            hidayah langsung daripada Allah sehingga tmbulnya idea untuk membukukan al-Qur’an dalam
                            satu mushaf bermula dengan pengumpulannya oleh Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a.








                                                                        64







       SISIPAN B (PART 2).indd   64                                                                                              01/10/2020   2:34 PM
   673   674   675   676   677   678   679   680   681   682   683