Page 680 - Mushaf Madani
P. 680

di dalam satu mushaf. Peristwa ini telah dirakamkan di dalam sebuah kitab yang diberi nama
                            al-Nasyr Fi al-Qira’at al-‘Usyr oleh Imam Ibnu al-Jazari.


                              Daripada Ibnu al-Sabbaq, bahawasanya Zaid bin Thabit r.a yang mana beliau adalah seorang
                            penulis wahyu, telah bercerita, “Abu Bakar r.a mengirimkan kepadaku catatan mereka yang
                            terbunuh daripada ahli (penduduk) Yamamah sedangkan Umar r.a berada di sisi beliau.”


                              Lalu Abu Bakar r.a berkata, “Sesungguhnya Umar r.a telah datang kepadaku dan berkata,
                            Sesungguhnya peperangan Yamamah telah banyak mengorbankan para penghafaz al-Qur’an
                            dan sesungguhnya aku sangat bimbang korban penghafaz al-Qur’an akan berlaku lagi dalam
                            siri-siri peperangan yang lain hingga menyebabkan banyak (hafalan) al-Qur’an akan lenyap.
                            Sesungguhnya aku berpendapat supaya al-Qur’an itu dikumpulkan.”


                              Aku berkata kepada Umar r.a, “Bagaimana aku dapat melakukan sesuatu yang Rasulullah
                            s.a.w belum pernah melakukannnya?” Umar r.a menjawab, “Pengumpulan al-Qur’an itu demi
                            Allah s.w.t adalah amat baik”. Maka tdak hent-hent Umar r.a meminta kepadaku akan hal itu
                            sehingga Allah s.w.t melapangkan dadaku untuk mengumpul al-Qur’an itu dan aku sependapat
                            dengan pendapat Umar r.a.



                              Abu Bakar r.a berkata lagi (kepada Zaid r.a), “Sesungguhnya engkau adalah pemuda yang
                            cerdas dan kami tdak berprasangka buruk kepadamu. Engkau adalah penulis wahyu Rasulullah
                            s.a.w, oleh itu carilah al-Qur’an dan kumpullah ia. Demi Allah, andai kata aku dibebani untuk
                            memindahkan  salah  satu  gunung,  tentulah  ia  tdak  memberatkanku  berbanding  apa  yang
                            telah diperintahkan kepadaku, iaitu mengumpulkan al-Qur'an.”


                              Aku (Zaid r.a) berkata, “Bagaimana kamu berdua melakukan sesuatu yang belum pernah
                            dilakukan oleh Rasulullah s.a.w?”


                              Maka Abu Bakar r.a berkata, “Pekerjaan itu, demi Allah s.w.t adalah amat baik.” (Zaid r.a
                            berkata) “Maka Abu Bakar r.a berterusan meminta kepadaku sehingga Allah s.w.t melapangkan
                            dadaku terhadap apa yang telah Allah s.w.t lapangkan dada Abu Bakar r.a dan Umar r.a.”



                              Maka aku berdiri, lalu aku pun mencari dan menelit al-Qur’an. Aku kumpulkan ia daripada
                            potongan-potongan  kain,  kepingan-kepingan  besi,  kulit-kulit  binatang  dan  hafalan-hafalan
                            orang lelaki, sehingga aku menemukan dua ayat daripada Surah al-Taubah dalam simpanan
                            Abu Khuzaimah al-Ansari dan aku tdak menemuinya (ayat ini) bersama orang selainnya, iaitu
                            ayat  yang  bermaksud,  “Sesungguhnya  telah  datang  kepada  kamu  seorang  Rasul  daripada
                            golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya
                            sebarang  kesusahan  yang  ditanggung  oleh  kamu,  yang  sangat  tamak  (inginkan)  kebaikan
                            bagi kamu, (dan) dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang
                            yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad),
                            Cukuplah  bagiku  Allah  (yang  menolong  dan  memeliharaku),  tada  Tuhan  (yang  berhak
                            disembah)  melainkan  Dia,  kepada-Nyalah  aku  berserah  diri,  dan  Dia-lah  yang  mempunyai
                            'Arasy yang besar.”(Surah al-Taubah: 128-129)













                                                                        66







       SISIPAN B (PART 2).indd   66                                                                                              01/10/2020   2:34 PM
   675   676   677   678   679   680   681   682   683   684   685