Page 682 - Mushaf Madani
P. 682
Pengumpulan al-Qur’an secara sistematk
Sayidina Uthman r.a memenuhi permintaan Huzaifah r.a dengan meminta Sayidatna Hafsah r.a
meminjamkan mushaf yang ada dalam simpanannya kepada khalifah sebagai tujuan membuat
beberapa naskhah salinan dan selepas itu akan dikembalikan kepada Sayidatna Hafsah r.a.
Setelah meminjam naskhah al-Qur’an yang ada pada simpanan Sayidatna Hafsah r.a, maka
khalifah pun mengarahkan beberapa orang sahabat menyalin kandungan mushaf itu kepada
beberapa salinan.
Para sahabat yang terlibat dengan tugas ini ialah:
Zaid bin Thabit r.a
Abdullah bin Zubair r.a
Said bin al-'As r.a
Abdul Rahman bin al-Harith r.a
Khalifah berpesan kepada mereka, bahawa ketka hendak menyalin ayat-ayat al-Qur’an
tersebut, jika terjadi perbezaan antara mereka mengenainya dengan Zaid, maka hendaklah
mereka menulis mengikut lahjah (dialek) suku Quraisy kerana al-Qur’an diturunkan dalam
bahasa mereka.
Setelah selesai penyalinan dibuat kepada beberapa naskhah, maka satu naskhah dihantar
ke Basrah, satu ke Kufah dan satu ke Syam. Satu naskhah lagi untuk kota Madinah dan satu
naskhah untuk Khalifah Uthman bin Afan r.a sendiri dan mushaf inilah yang dinamakan dengan
‘Mushaf al-Imam’. Selain itu, satu naskhah juga dihantar ke Makkah, satu ke Yaman dan satu
ke Bahrain. Kandungan salinan setap naskhah ini telah diperakui oleh para sahabat. Khalifah
telah memerintahkan setap salinan dihantar ke negara-negara Islam yang lain bersama
seorang wakil yang menghafaz al-Qur’an untuk membimbing umat Islam cara membaca al-
Qur’an dengan menggunakan mushaf tersebut.
Pengumpulan al-Qur’an pada zaman Sayidina Uthman r.a ini telah menjadikan sistem
penyalinan mushaf lebih tersusun. Rentetan peristwa ini, disiplin ilmu penyalinan al-
Qur’an telah berkembang dan semakin kemas. Khalifah Sayidina Uthman r.a telah berjaya
menyelaraskan sistem rasm al-Qur’an dan menghasilkan lima naskhah salinan induk yang
dipanggil sebagai Mushaf Uthmani.
Budaya penyalinan dan pembukuan al-Qur’an memberi impak bahawa al-Qur’an merupakan
kitab suci daripada langit yang tdak dapat diragukan lagi kesuciannya. Ia juga memberi kesan
kepada kemunculan pelbagai bidang ilmu yang tnggi. Ini juga menunjukkan betapa pentngnya
budaya mencatat dan membukukan sebarang penulisan, kerana ia akan memberi kesan kepada
jangka hayat sesuatu ilmu dan menjadi satu bidang keutamaan dalam sistem pendidikan yang
lebih meyakinkan.
68
SISIPAN B (PART 2).indd 68 01/10/2020 2:34 PM