Page 679 - Mushaf Madani
P. 679

2. Pengumpulan Kedua: Zaman Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq r.a.


                                                       Faktor utama pengumpulan al-Qur’an:
                                                               Perang al-Yamamah
                            Peringkat  kedua  pengumpulan  al-Qur’an  adalah  pada  zaman  Khalifah  Abu  Bakar  r.a,  iaitu
                            setelah  kewafatan  Rasulullah  s.a.w.  Peringkat  ini  disebut  oleh  sebahagian  ulama’  sebagai
                            peringkat pengumpulan ayat-ayat al-Qur’an di dalam mushaf. Pengumpulan ini merupakan
                            rentetan daripada beberapa peristwa besar yang berlaku semasa pemerintahan Khalifah Abu
                            Bakar  r.a.  Antara  peristwa  terpentng  yang  menjadi  faktor  utama  pengumpulan  al-Qur’an
                            adalah Perang al-Yamamah bagi menentang golongan yang murtad sejurus selepas kewafatan
                            Rasulullah  s.a.w.  pada  tahun  ke-12  Hijrah  yang  menyebabkan  ramai  dalam  kalangan  para
                            sahabat penghafaz al-Qur’an gugur syahid f sabilillah.



                              Menurut  sejarah  Islam,  selepas  kewafatan  baginda  Rasulullah  s.a.w,  para  sahabat  telah
                            bersepakat untuk melantk Abu Bakar r.a sebagai khalifah Islam kerana beliau merupakan salah
                            seorang sahabat yang paling layak. Antara sebabnya ialah beliau termasuk antara sahabat yang
                            terawal memeluk Islam daripada kalangan orang yang merdeka.


                              Semasa dilantk menjadi khalifah, beliau menghadapi beberapa masalah yang berkaitan
                            dengan pepecahan umat Islam. Antaranya golongan yang murtad, golongan yang tdak mahu
                            membayar  zakat  dan  golongan  pengikut  nabi-nabi  palsu  sepert  pengikut  Musailamah  al-
                            Kazzab.  Sebagai seorang pemerintah tertnggi ketka itu, beliau telah mengarahkan bala tentera
                            umat Islam untuk memerangi golongan ini. Pertempuran yang paling hebat telah berlaku di
                            Yamamah, ia menyaksikan tentera Islam bertempur dengan golongan murtad dan golongan
                            yang  mengingkari  kewajipan  zakat.  Pertempuran  ini  telah  menyebabkan  lebih  daripada  70
                            orang sahabat penghafaz al-Qur’an gugur syahid.


                              Peristwa ini telah menggusarkan perasaan Umar bin al-Khatab r.a pada ketka itu. Beliau
                            merasakan bahawa kemungkinan al-Qur’an ini akan lenyap disebabkan ramainya para penghafaz
                            al-Qur’an yang telah mat syahid, bahkan kebimbangan semakin bertambah sekiranya nant
                            mereka sekali lagi akan terlibat dalam siri-siri peperangan yang lain. Beliau memikirkan akan
                            sesuatu  tndakan  yang  perlu  diambil  oleh  khalifah  ketka  itu.  Lalu  beliau  bertemu  dengan
                            Khalifah Abu Bakar dan menyatakan kebimbangannya itu lantas mencadangkan kepada khalifah
                            supaya ayat-ayat al-Qur’an disalin dan dikumpulkan dalam satu himpunan yang dikenali sebagai
                            mushaf.


                              Pada awalnya, Sayidina Abu Bakar r.a berasa keberatan untuk menerima cadangan Umar r.a,
                            kerana perkara sepert itu tdak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda.
                            Akhirnya Allah s.w.t telah melapangkan dada Sayidina Abu Bakar r.a untuk menerima cadangan
                            Umar bin al-Khatab r.a setelah ia dibincangkan terlebih dahulu dan dipersetujui oleh para
                            sahabat yang lain.



                                                            Peranan Zaid bin Thabit r.a

                            Setelah cadangan Umar r.a diterima, Khalifah Abu Bakar r.a telah memerintahkan Zaid bin
                            Thabit r.a untuk mengetuai tanggungjawab mencari dan mengumpulkan ayat-ayat al-Qur’an








                                                                        65







       SISIPAN B (PART 2).indd   65                                                                                              01/10/2020   2:34 PM
   674   675   676   677   678   679   680   681   682   683   684