Page 683 - Mushaf Madani
P. 683

RASM AL-QUR’AN (RASM UTHMANI)




                                  1. Khalifah Uthman r.a Sebagai Pengasas Kaedah Rasm Uthmani



                            Ilmu rasm al-Qur’an merupakan satu ilmu yang membahaskan kaedah serta cara penulisan
                            huruf-huruf  dan  kalimah-kalimah  al-Qur’an.  Ilmu  ini  juga  dikenali  sebagai  ‘Rasm  Uthmani’.
                            Penyeragaman kaedah penulisan ‘Rasm Uthmani’, adalah untuk mengekalkan dan memelihara
                            ketetapan bacaan qiraat tujuh atau sepuluh yang mutawatr daripada Rasulullah s.a.w. Ia juga
                            berpandukan kepada lajnah (dialek) kaum Quraisy yang menjadi asas kaedah penulisan yang
                            telah ditentukan oleh Sayidina Uthman r.a kepada lajnah penulisan yang telah ditentukan oleh
                            Sayidina Uthman r.a kepada lajnah penulisan yang terdiri daripada empat orang sahabat.



                               Maka dengan itu rasm ini juga dikenali dengan nama Rasm Uthmani disebabkan Sayidina
                            Uthman r.a yang telah menentukan kaedah dan asas penulisan mushaf al-Qur’an dan beliau
                            pada ketka itu merupakan Khalifah Islam yang ketga selepas Sayidina Abu Bakar r.a dan Umar
                            r.a.


                                2. Kaedah Penulisan Rasm Uthmani



                            Sayidina Uthman r.a telah menetapkan minhaj yang perlu diikut oleh ahli lajnah penulisan
                            yang telah dilantk untuk menyalin semula ayat-ayat al-Qur’an dan dikumpulkan di dalam satu
                            mushaf yang dikenali dengan Mushaf Uthmani. Kaedah yang telah ditentukan adalah:



                                    Tidak menulis sebarang ayat melainkan setelah dikenal past bahawa ia adalah ayat al-
                                  Qur’an.
                                    Tidak menulis sebarang ayat melainkan setelah diketahui dengan yakin bahawa ayat itu
                                  telah dibacakan oleh Rasulullah s.a.w di hadapan Jibril a.s pada pembentangan yang
                                  terakhir sebelum kewafatan baginda.
                                   Tidak  menulis  sebarang  ayat  melainkan  setelah  dipastkan  bahawa  ayat  itu  tdak
                                 dimansuhkan (contohnya ayat rejam).

                                    Tidak  menulis  sebarang  ayat  melainkan  setelah  ayat  itu  dibacakan  di  hadapan  para
                                  sahabat dan diakui benar oleh mereka.
                                    Apabila terdapat perselisihan dalam sesuatu perkara mengenai penulisan ayat al-Qur’an
                                  maka hendaklah kamu menulisnya mengikut lahjah Quraisy.

                                    Memelihara bacaan-bacaan qiraat yang mutawatr dan jangan menulis bacaan qiraat
                                  yang tdak diriwayatkan secara mutawatr.
                                    Lafaz yang tdak terdapat perbezaan bacaan qiraatnya, hendaklah ditulis dengan kaedah
                                  rasm yang satu.
                                    Lafaz yang terdapat perbezaan pada bacaan qiraat, tetapi boleh ditulis dengan kaedah
                                  penulisan yang merangkumi setap bacaan qiraat yang lain, hendaklah ditulis dengan






                                                                        69







       SISIPAN B (PART 2).indd   69                                                                                              01/10/2020   2:34 PM
   678   679   680   681   682   683   684   685   686   687   688