Page 687 - Mushaf Madani
P. 687
Ayat 118, Surah al-Taubah:
Manakala tempat-tempat yang disepakat untuk ditulis dua kalimah ini dengan
mencantumkannya menjadi satu kalimah antaranya ialah:
Ayat 31, Surah al-Naml:
Ayat 89, Surah Taha:
Terdapat satu tempat di dalam al-Qur’an di mana para ulama’ berselisihan dalam
menulis kalimah ini sama ada dengan memisahkannya atau mencantumkan antara keduanya
iaitu ayat 87, Surah al-Anbiya’:
Namun begitu di dalam kebanyakan mushaf, dua kalimah ini dipisahkan antara keduanya
sepert yang ditulis di atas.
4. Hukum Menggunakan Rasm Uthmani
Kebanyakan ulama’ bersepakat mengatakan bahawa ketka menulis ayat-ayat al-Qur’an, adalah
wajib menulisnya mengikut kaedah Rasm Uthmani dan ada yang mengatakan bahawa ia
merupakan ijma’ ulama’. Antara alasannya ialah, penulisan Mushaf Uthmani telah dipersetujui
oleh 12,000 sahabat. Oleh itu wajib ke atas setap orang Islam menurut mereka lebih-lebih
lagi terdapat hadis yang bersifat umum dalam memerintahkan kita mengikut sunnah Khulafa’
al-Rasyidin yang bermaksud:
“Kamu ikutlah sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat hidayah selepasku
dan kamu peganglah ia dengan bersungguh-sungguh.” (Riwayat Abu Daud dan al-
Tirmizi).
Dalam hubungan ini, Imam Malik pernah ditanya adakah boleh menulis mushaf mengikut
ejaan baru yang dicipta orang ramai. Beliau menjawab, “Tidak boleh dan ia hendaklah ditulis
mengikut penulisan yang pertama.” Namun Imam al-Zarqaniy menyebut ada juga yang
menyalahi pendapat di atas termasuk Ibnu Khaldun dan Qadi Abu Bakar dengan memberi
alasan bahawa penulisan Rasm Uthmani itu bukanlah satu kaedah yang ditetapkan secara
tauqif (wahyu) sebaliknya ia hanyalah ijthad Sayidina Uthman r.a.
73
SISIPAN B (PART 2).indd 73 01/10/2020 2:34 PM