Page 688 - Mushaf Madani
P. 688
MAKLUMAT ULUM
AL-QUR'AN
PENGENALAN
Al-Qur’an sebagai kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, melalui
Malaikat Jibril, merupakan kitab suci umat Islam yang akan tetap terpelihara sepanjang masa.
Salah satu ayat di dalam al-Qur’an menjelaskan bahawa al-Qur’an benar-benar dijamin dan
tetap terpelihara dan sebagai petunjuk, sebagaimana dalam frman Allah s.w.t,
Maksudnya: �Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Qur’an, dan Kami benar-
benar memeliharanya.” (Surah al-Hijr: 9)
Di samping itu, al-Qur’an juga sebagai mukjizat yang abadi kerana semakin maju ilmu
pengetahuan, semakin terserlah kesahihan kemukjizatannya. Allah s.w.t menurunkan al-
Qur’an kepada Nabi Muhammad s.a.w, demi membebaskan manusia daripada pelbagai
kegelapan hidup menuju cahaya ilahi, dan membimbing mereka ke jalan yang lurus. Jika
terdapat sesuatu yang kurang jelas bagi para sahabat tentang ayat-ayat al-Qur’an yang mereka
terima, mereka langsung bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. Demikianlah cara para sahabat
memahami ayat-ayat al-Qur’an. Mereka terus menanyakannya kepada Rasulullah s.a.w dan
baginda terus menjelaskannya kepada para sahabat. Setelah Rasulullah s.a.w wafat, para
sahabat meneruskan tradisi memahami makna-makna al-Qur’an dan tafsirnya sesuai dengan
kemampuan mereka masing-masing. Kemudian disambung oleh murid-murid para sahabat
daripada kalangan tabi’in.
PENGERTIAN ULUM AL-QUR’AN
Ungkapan ’Ulum al-Qur’an’ berasal daripada Bahasa Arab yang terdiri daripada dua perkataan,
iaitu ’Ulum’ dan ’al-Qur’an’. Perkataan ‘ulum’ merupakan kata jamak bagi ‘ilmu’, justeru apabila
digabungkan menjadi Ulum al-Qur’an, maka ia adalah suatu bidang ilmu yang berkaitan dengan
al-Qur’an. Terdapat beberapa pembahagian di dalamnya, sepert tafsir dan takwil, i’rab al-
Qur’an (penyusunan kalimat dan syakalnya), qiraat (cara bacaan dan penyampaiannya), nasikh
mansukh, asbab al-Nuzul (sebab diturunkannya ayat / surah), Makkiyyah dan Madaniyyah
(turunnya ayat sebelum / sesudah hijrah rasul), fadail al-Qur’an (kelebihan al-Qur’an), nuzul
al-Qur’an (sejarah turunnya al-Qur’an), gharaib al-Qur’an (ayat yang asing maknanya), amthal
al-Qur’an (perumpamaan dalam al-Qur’an), majaz al-Qur’an (ayat yang majaz / bukan hakikat),
ayat muhkamat dan mutasyabihaat (jelas dan bukan jelas ), jadal al-Qur’an (ayat perdebatan)
dan aqsam al-Qur’an (ayat sumpah).
74
SISIPAN B (PART 2).indd 74 01/10/2020 2:34 PM