Page 691 - Mushaf Madani
P. 691
Ciri-Cirinya:
• Disebut kisah para nabi dan umat • Menyingkap kisah dan sikap Ahli Kitab.
terdahulu kecuali Surah al-Baqarah. • Ayatnya panjang.
• Dinyatakan kisah Nabi Adam a.s dan iblis • Keizinan untuk berjihad.
kecuali Surah al-Baqarah.
• Surah yang diambil dengan huruf
Muqata‘ah, kecuali Surah al-Baqarah
dan Ali ‘Imran.
• Ayatnya pendek.
• Menekankan persoalan akidah.
• Ayatnya menyentuh aspek akhlak yang
mulia dan menjauhi perilaku yang keji.
QIRA’AT
Al-Qur’an adalah wahyu yang diturunkan secara talaqqi (dibacakan secara langsung) kepada
Rasulullah s.a.w melalui perantaraan Jibril a.s, daripada Allah s.w.t. Demikian juga setelah
kewafatan Rasulullah s.a.w, al-Qur’an tdak disampaikan kecuali melalui talaqqi.
Baginda membacakan al-Qur’an kepada para sahabatnya dengan beberapa bacaan yang
berbeza-beza yang kesemuanya adalah berasal daripada Jibril a.s, kemudian cara bacaan
ini disampaikan atau diriwayatkan daripada generasi ke generasi secara bersambung atau
istlahnya bersanad, bermula daripada zaman sahabat, yang namanya bersambung sanadnya
secara jelas. Tiada antara mereka yang menambah dan mengurangkan bacaan atau ayat yang
mereka dapat ketka menerima dan menyampaikannya.
Justeru segala yang berada dalam qiraat itu berasal daripada Allah s.w.t, yang wajib
diamalkan, kerana ulama’ sudah bersepakat pada satu kaedah yang mengatakan jika ayat yang
mempunyai dua makna berbeza disebabkan dua qiraat, maka kedua-duanya datang daripada
Allah s.w.t dan kedua-duanya juga yang dimaksudkan Allah s.w.t. Bagi menerima qiraat, ulama’
mensyaratkan tga syarat yang perlu dipenuhi iaitu:
1. Tulisannya sesuai dengan mushaf Uthmani (iaitu mushaf yang ditulis oleh lajnah
penulisan al-Qur’an daripada zaman para sahabat).
2. Qira’at itu sesuai dengan kaedah Bahasa Arab.
3. Sanadnya mutawatr, yang diriwayatkan oleh perawi dan mereka tdak mungkin
bersepakat untuk berbohong.
Oleh yang demikian, terdapat 10 qiraat yang memenuhi tga syarat tersebut. Penjelasan
terperinci mengenai ilmu qiraat ini dihuraikan dalam bab Qiraat Mutawatrah.
77
SISIPAN B (PART 2).indd 77 01/10/2020 2:34 PM