Page 689 - Mushaf Madani
P. 689
RUANG LINGKUP ULUM AL-QUR’AN
Pembahasan Ulum al-Qur’an sangat luas. Imam al-Sayut dalam karyanya al-Itqan f ‘Ulum
al-Qur’an, menghuraikan sebanyak 80 cabang dan setap cabang diperincikan lagi menjadi
banyak cabang yang kecil. Manakala menurut Quraish Shihab, isi kandungan Ulum al-Qur’an
dapat dibahagikan kepada empat komponen:
1. Pengenalan terhadap al-Qur’an:
• Sejarah al-Qur’an, • Aqsam al-Qur’an,
• Rasm al-Qur’an, • Amthal al-Qur’an,
• I’jaz al-Qur’an, • Nasikh dan Mansukh,
• Munasabah al-Qur’an, • Muhkam dan Mutasyabih,
• Qisas al-Qur’an, • Qiraat, dan sebagainya.
• Jadal al-Qur’an,
2. Kaedah-kaedah tafsir:
• Ketetapan-ketetapan yang perlu diperhatkan dalam mentafsirkan al-Qur’an
• Sistem yang perlu ditempuh dalam menghuraikan pentafsiran
• Penanda aras khusus yang membantu pemahaman ayat-ayat al-Qur’an, sama ada
daripada ilmu-ilmu alat, sepert bahasa dan usul fqh, mahupun yang diambil langsung
daripada penggunaan al-Qur’an.
3. Pendekatan tafsir:
Pendekatan-pendekatan tafsir yang dikemukakan oleh ulama' mutaqaddim (terdahulu)
dengan ketga coraknya, al-ra’yu, al-ma’thur, al-isyariy, disertai penjelasan tentang syarat-
syarat diterimanya suatu pentafsiran serta metode pengembangannya, dan juga mencakupi
pendekatam mutaakhirin (terkemudian) dengan empat bentuk: tahliliy, ijmaliy, muqaran,
maudhu’iy.
4. Kitab tafsir dan para ahli tafsir:
Mencakupi perbahasan tentang kitab-kitab tafsir sama ada yang lama mahupun yang baru,
yang berbahasa Arab dan terjemahan dalam pelbagai bahasa, dengan mempelajari biograf,
latar belakang dan kecenderungan pengarangnya, metode dan prinsip-prinsip yang digunakan,
serta keistmewaan dan kelemahannya.
MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH
Ayat-ayat al-Qur’an terbahagi kepada dua bahagian:
MAKKIYYAH MADANIYYAH
75
SISIPAN B (PART 2).indd 75 01/10/2020 2:34 PM