Page 690 - Mushaf Madani
P. 690
Ayat Makkiyyah iaitu ayat al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebelum
baginda berhijrah ke Madinah, walaupun ayat tersebut turun di luar kawasan Makkah.
Manakala ayat Madaniyyah pula adalah ayat yang diturunkan setelah baginda berhijrah ke
Madinah walaupun ayat tersebut turun di luar kawasan Madinah.
Kebanyakan ayat Makkiyyah ini memberi penekanan kepada akidah, pembinaan akhlak yang
mulia, menentang kemusyrikan dan penyembahan berhala serta membanteras akhlak jahiliah.
Di samping banyak menceritakan tentang kisah-kisah para nabi dan umat-umat terdahulu yang
banyak disebutkan untuk meneguhkan akidah dihat para mukminin dan menjelaskan balasan
yang baik bagi orang yang bertakwa dan balasan buruk bagi orang kafr.
Kebanyakan ayat Madaniyyah pula menjelaskan tentang ketentuan-ketentuan hukum
syariat dengan terperinci, yang terdiri daripada ketetapan-ketetapan ibadah, muamalah dan
kepentngan-kepentngan umat Islam dalam memenuhi keperluan dalaman dan luaran.
Meskipun ada ciri-ciri atau kaedah untuk menentukan perbezaan antara ayat Makkiyyah
dan Madaniyyah, namun yang menjadi kunci untuk mengetahuinya adalah dalil naqli iaitu
keterangan yang sampai kepada kita, baik yang berasal daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w,
pendapat para sahabat mahupun pendapat para tabi’in.
Selain daripada pembahagian di atas, surah-surah juga dikategorikan berdasarkan kepada
nisbah penurunannya kepada Makkiyyah dan Madaniyyah. Antara kepentngan memahami
ayat Makkiyyah dan Madaniyyah adalah:
• Memudahkan pentafsiran al-Qur’an kerana seseorang itu akan dapat membezakan antara
ayat nasikh dan mansukh.
• Mengetahui perjalanan sirah nabawiyyah melalui tempoh masa penurunan ayat-ayat al-
Qur’an melalui perbezaan gaya bahasa ayat Makkiyyah dan Madaniyyah.
PERBEZAAN ANTARA SURAH MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH
MAKKIYYAH MADANIYYAH
Diturunkan sebelum hijrah Rasulullah s.a.w Diturunkan selepas hijrah sama ada
ke Madinah diturunkan di Makkah atau di Madinah.
Diturunkan di sekitar Makkah. Diturunkan di sekitar Madinah.
Ditujukan kepada penduduk Makkah Ditujukan kepada penduduk Madinah.
Ciri-Cirinya:
• Terdapat sujud tlawah. • Menyentuh persoalan fardu (ibadah)
• Terdapat lafaz dan perundangan Islam.
• Terdapat lafaz kecuali • Menyingkap sikap munafk kecuali Surah
Surah al-Hajj. al-‘Ankabut.
76
SISIPAN B (PART 2).indd 76 01/10/2020 2:34 PM